Gambar Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Tergantung Dalam Tandas

Pelajar bunuh diri

Gambar Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan bunuh diri tersebar. Identiti pelajar yang dilaporkan ditemui mati dalam keadaan tergantung sudah dikenalpasti oleh keluarga mangsa.

Pelajar tersebut dikenali sebagai Wan Ahmad Faris yang masih berusia 16 tahun dan menuntut dalam tingkatan 4 di pusat Thafiz berkenaan. Mayat mangsa dilaporkan ditemui pada 12 Disember 2013 oleh seorang penyelia asrama setelah terhidu bau busuk disalah sebuah tandas di sekolah tersebut.

Identiti Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan Bunuh Diri

Nama Penuh: Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman

Umur: 16 Tahun

Status: Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas

Laporan Penemuan Mayat Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan

Pada 12 Disember 2013, penyelia asrama Zul Atfi Mohamad, 37 telah menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung pada jam 9.30 pagi dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci. Pada ketika itu, mayat ditemui separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air tersebut.

Penemuan mayat itu bermula apabila penyelia tersebut terhidu bau busuk dari salah sebuah tandas yang terkunci dari dalam. Pihak polis dihubungi berkenaan insiden penemuan mayat tersebut. Menurut polis, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia selama 3 hari yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat yang sudah membengkak.

Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember 2013. Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti anak mereka dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

Pihak polis turut mendakwa kematian tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut.

Pelajar bunuh diri

Speak Your Mind

*