Home Lifestyle 10 Petua Untuk Menghilangkan Batuk! Selamat Mencuba!

10 Petua Untuk Menghilangkan Batuk! Selamat Mencuba!

by MyMedia-02

Batuk adalah sesuatu yang amat memenatkan dan sekiranya batuk yang berpanjangan adalah amat berbahaya. Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk termasuklah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan atau paru-paru
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti COPD
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, GERD
  • Rembesan cecair ke dalam tekak
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi

Biasanya, anda boleh dapatkan ubat dari klinik atau farmasi untuk merawat batuk. Namun, berikut adalah beberapa petua yang boleh diikuti untuk menghilangkan batuk sekiranya tidak ingin mengambil ubat.

1# Mandi dengan air panas

Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda. Dengan mandian air panas, anda membolehkan kitaran darah untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas untuk kembang.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

2# Teh dan madu

Meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Madu mempunyai kesan teraputik yang boleh membantu dalam proses pemulihan. Sekiranya anda tidak suka teh, anda juga boleh mengambil madu secara terus atau campurkannya dengan air panas sahaja.

3# Spa urut

Apabila batuk telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Urut boleh melancarkan perjalanan darah serta membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.

4# Kunyit

Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh dimakan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk.

5# Air

Antara sebab kenapa anda batuk adalah kerana kurangnya air dalam badan. Oleh itu, meminum air yang secukupnya setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia membantu peredaran darah dan membuang toksin dalam badan melalui air kencing. Namun, air berperisa atau air manis adalah tidak diambil kira.

6# Sup ayam 

Kajian oleh Universiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak untuk cair.

7# Coklat

Coklat yang diperbuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasilkan reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8# Menthol

Minyak sapu yang memiliki menthol seperti vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai menthol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk menjadi lebih teruk daripada biasa.

9# Tambahkan bantal ketika tidur

Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda menghidap batuk. Anda boleh cuba mengatasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala ketika tidur kerana apabila kedudukan kepala lebih tinggi sedikit daripada badan, ia membolehkan hingus atau kotoran di tekak atau hidung anda untuk hilang daripada saluran pernafasan anda.

10# Kebersihan persekitaran

Sekiranya anda mendapati diri anda sering bersin atau batuk di sesuatu kawasan, maka ia bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan.

Namun sekiranya batuk masih tidak berkurang dalam masa 3 hari, anda adalah dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips yang dikongsi ini hanya untuk membantu menghilangkan batuk tetapi tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

Sumber: SirapLimau

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment