Home Resipi Masakan 12 Resepi Maggi Yang Sedap! Pizza Maggi, Murtabak Maggi, Oden Maggi..Semua Ada!

12 Resepi Maggi Yang Sedap! Pizza Maggi, Murtabak Maggi, Oden Maggi..Semua Ada!

by MyMedia-02

12 Resepi Maggi yang sedap sangat! Cara buat yang mudah! Hari-hari makan pun tidak rasa jemu!

Oden Maggi

BAHAN

  • Air secukupnya
  • 2 perencah Asam pedas Adabi
  • 2 perencah Tom yam Adabi
  • Garam & perasa
  • Sepeket steamboat mix
  • 1 paket Sosej
  • Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw(pilihan masing2)*xnk letak pun pe

CARA MASAK

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

1. masukkan air(pandai2 la korang agak jgn cair sngt jgn pekat sngt)

2. masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam adabi

3. masukkan sedikit nisan(gula melaka) & garam

4. bila dah gelegak masukkan 1 paket mix steamboat & 1 paket sosej

5. last skali masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw(nak celur asing blh klu xnak bg kembang)..sis mmg celur asing.

kredit: noor nadhirah mohd noor

Resepi Maggi Mentabak

Bahan: Mi goreng Sedaap Asli & Mi Maggi Kari

Cara:

1. Celur kedua-dua jenis mi.

2. Masuk semua perencah dalam maggi yg dah di celur tadi.

3. Masukkan bahan seperti bawang, cili benggala, sosej dan telur.

4. Gaul semua menjadi rata.

5. Lepas tu goreng dlm kuali.

6. Potong kecil dan boleh dihidangkan.

Credit: Dania Danisha

Resepi Donut Maggi

BAHAN

  • 2 BUNGKUS MAGGI
  • 2 BATANG SOSEJ } POTONG DADU
  • 4 BIJI TELUR } PUKUL SEBATI
  • 2 PEK SERBUK MAGGI

BAHAN BUTTER 

  • 1CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 1 CAWAN AIR + 2 SUDU BESAR AIR
  • SEDIKIT GARAM
  • SEDIKIT LADA SULAH
  • ***SERBUK ROTI SECUKUPNYA

-SEBATIKAN SEMUA BAHAN KECUALI YANG BERTANDA ***… KALAU MASIH PEKAT TAMBAH SKIT LAGI AIR.. JANGAN TERLALU CAIR YE.. BUAT MACAM KITA GORENG PISANG…

CARA 

1. Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan.

2. Masukkan telur, sosej, serbuk perencah maggi kedalam mi, gaul sehingga sebati.

3. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan minyak, masukkan adunan maggi ke dalam acuan, kemudian kukuskan selama 12 minit.

4. Setelah masak, angkat dan keluarkan dari acuan.

5. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan seketul maggi yang dah dikukus ke dalam adunan butter sehingga rata.

6. Salutkan dengan serbuk roti, sehingga rata.

7. Goreng sehingga warna keemasan.

Sumber resepi : Aznie Khasri

RESEPI MAGGI KARI TUMIS 

BAHAN-BAHAN

  • Maggi 2 bungkus
  • Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi / Lada jarum

CARA-CARA

1. Tumbuk bawang merah + bawang putih + cili padi, gaul sekali dengan rempah maggi

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih

3. Akhir sekali masukan maggi pecahkan telur , tunggu seketika dan tutup api.

* p/s: Nak best lagi kalau letak bawang goreng dan perahkan limau nipis sikit , perghhh. Kalau ada sayur sawi, ayam, hot dog boleh la masukan sekali.

Maggi Goreng

Bahan-Bahan:

  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur
  • sedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • kobis
  • sawi
  • cili padi
  • sos cili
  • kicap
  • limau nipis, untuk perahan

Cara-cara

1. Rebus maggi separuh masak, (jangan terlalu kembang dan kemudian toskan).

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.

3. Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.

4. Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.

5. Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Goreng semuanya sehingga sebati.

6. Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba🤗

Tips:
Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.

Murtabak Maggi

Bahan-bahan:

  • 4 peket maggi – direbus mee saja
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji telur
  • 1 batang carrot
  • Isi ayam dan chicken ball secukupnya
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 4 peket serbuk perisa maggi
  • Sedikit daun sup dan bawang

* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

Cara-cara:

1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .

3. Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .

4. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .

Kredit : Foodink Carteen

MAGGI Kari Goreng Sayuran

Bahan bahan:

  • 2 paket Mi MAGGI Kari 2-Minit, direbus selama 2 minit & toskan
  • 1 1/2 paket Perencah MAGGI perisa Kari

A

  • 1 ½ sudu besar minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar Holland, dipotong dadu
  • 2-3 ulas bawang putih, dicincang
  • 200 gram udang, dibersihkan

B

  • 3 helai daun limau purut, buang tulang
  • 6 kuntum brokoli
  • 1/2 biji cili capsicum, hiris panjang
  • 3 sudu besar air

Cara cara:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan A sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.

2. Masukkan bahan B. Gaul rata dengan api yang kecil.

3. Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

4. Masukkan Mi MAGGI 2-Minit dan perencah MAGGI Perisa Kari. Gaul rata dengan api yang kecil. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

5. Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

TIPS: (cara mengoreng mengunakan Mi MAGGI 2-Minit)

Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Rendamkan dalam air sejuk untuk menghentikan maggi dari terus masak.

Kredit: Azie Kitchen

Resepi maggi bakar

Bahan- bahan

  • Maggi
  • Bawang besar potong dadu
  • Karot potong dadu
  • Kentang potong dadu
  • Cendawan butang
  • Tomato ceri utk hiasan.
  • Bawang putih di cincang
  • Sosej/ isi ayam / daging kisar
  • Jejari ketam( kalau ada/ suka)
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Sos pasta 4 sudu besar
  • Telur 6/7 biji bergantung saiz
  • Garam
  • Gula
  • Chees untuk toping

Caranya:

1. Rebus kentang dan karot

2. Rebus maggi.. toskan

3. Tumis bawang putih

4. Masuk serbuk kari ,sos pasta dan perencah maggi.

5. Masuk setengah cawan air.. kacau

6. Masukkan sosej/ isi ayam / daging kisar.. salah satu mana yg ada.

7. Masuk bahan direbus termasuk bawang dan cendawan. Biar masak seketika.

8. Boleh kacau sekali dlm kuali. Masukkan dalam loyang pembakar.

9. Tuang telur yg telah siap dipukul (Kalau rajin layerkan maggi dulu pastu buh bahan.. buat 3 lapis
Baru tuangkan telur )

10. Tabur cheese. Bakar 35 minit, Suhu 180 bergantung jenis oven.

Kredit: Siti Asa

RESEPI PIZZA MAGGI

Bahan-bahan :

  • Mi maggi kari 1 peket
  • Telur 2 biji
  • Bawang merah 1 ulas

Cara membuat :

1. Masak me magi kosong. Dah masak angkat dan tapis.

2. Pecah telur bersama bawang merah. Bubuh perencah mi maggi kari.

3. Satukan me yang direbus tadi ke dalam telur. Gaul.

4. Gorengkan di dalam frying pan dengan sedikit minyak. Guna api kecil je tau. Kang rentungg 😄

5. Balik-balik kan. And ITS DONE!

Maggi Goreng Perut 


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus Maggi Kari @maggi.malaysia
  •  50 gm perut lembu (yang telah direbus & dipotong ikut citarasa)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  •  1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  •  Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
  •  1 biji cili padi (dihiris halus)
  • Sedikit garam
  •  Minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara memasak :

1. Maggi dicelur sehingga separuh masak dan ditoskan.

2. Panaskan minyak masak dan goreng perut lembu sehingga sedikit kekuningan. Dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.

3. Masukkan maggi yang telah dicelur. Masukkan perencah. Kacau sebati.

4. Masukkan sedikit garam dan daun ketumbar. Kacau sebati sehingga magie masak sempurna.

5. Angkat dan hidangkan dengan hirisan cili padi dan sedikit daun ketumbar. Selamat mencuba.

Kredit: Salina Jalaludin

Murtabak Maggi Sosej

Bahan A

  • Maggi (celur dulu tau)
  • Sosej (celur juga)

Bahan B

  • Rempah kari ayam cap O
  • Cukup rasa
  • Daun sup
  • Cili padi
  • Carrot
  • Bawang besar
  • 4 biji telur ayam

Cara-cara

1. Pecahkan telur. Gaul semua bahan B. Dah sebati baru masukkan bahan A. Panaskan minyak. Pastu masak dalam kuali Yang agak leper. Baru la nampak macam murtabak gitew. Dah agak masak terbalikkan pastu boleh dihidang. Makan macam ni je pon sedap. Kalau nak cicah dengan sos cili pon boleh.

Nota penting
** Aqilah guna 4 biji telur kalau guna 1 paket maggi, jangan kedekut sangat ye telur. Nanti murtabak tak besaq. Sebab bahan lain pon perlukan ruang untuk berendam dalam murtabak kita.

Kredit: Cik Puan Aqilah

Maggi Kari 

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus maggi
  • 1 bungkus perencah
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 biji telur
  • 5 biji cili api – untuk extra pedas
  • Kicap
  • Minyak masak
  • Air masak
  • Garam
  • 5 ekor udang
  • Sawi
  • Daun sup

Cara memasak maggi :-

1. Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan air, kacau dan tambah perencah kari.

2. Kacau dan biar mendidih. Masukkan telur dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.

3. Masukkan udang, tambah batang sawi, masak sekejap. Masukkan kicap jika perlu.

4. Masukkan mi maggi dan biar mi lembut.

5. Masukkan daun sawi, masak sekejap lagi dan jika suka kuah lebih boleh tambah sedikit air.

6. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan hijau sebelum dihidangkan.

7. Sedia untuk dihidang.

* Tips tambahan:- Jika suka boleh juga diletakkan sayur carrot.

Credit: Hairul Nizam Ijam

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment