Home Resipi Masakan 14 Resepi Ikan Bilis Yang Lazat dan Tambahkan Selera Makan!

14 Resepi Ikan Bilis Yang Lazat dan Tambahkan Selera Makan!

by MyMedia-02

20 resepi ikan bilis yang lazat!  Jom masak untuk makan tengah hari nanti!

Resepi Ikan Bilis Berselera

  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili padi
  • cili merah

Cara:

1. goreng ikan bilis dahulu.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

2. tumis bawang putih,cili padi,cili merah masukkn ikan bilis,sedikit garam dan perasa..

3. perah air asam sikit nk bg ummphhh…utk bg nmpk menarik boleh la ltk kentang,tomato.Siap!

SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahannya:

  • Segenggam ikan bilis
  • 10-15 biji cili padi kampung
  • 3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci belacan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam & sedikit gula
  • Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.

2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.

3. Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.

4. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.

5. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.

6. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Bahan:

  • Ikan bilis size kecil (yg ni basuh, toskan airnya dah kering baru goreng dgn api yg sngt perlahan)
  • Tempe ( tak kisah berapa keping, tapi hiris halus2n senipis2 nya,goreng)
  • Kacang tanah (goreng)

Utk sambal :

  • 1senduk kecil bawang kisar,
  • 7sudu besar cili kisar
  • 4sudu besar gula
  • Minyak utk menumis

Cara:

1. Tumis bawang kisar, sampai dia agak garing dan kekuningan.

2. Selepas tu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan garing.

3. Masukkan gula (gula ni mmg kena lebih, saya letak garam secubit shj buat syarat sbb nanti gaul dgn ikan bilis masin terlebih plk). Tumis sampai dia mendidih tutup api, tuang minyak lebihan sejukkan sambal.

4. Dah sejuk semua baru gaul sebati dengan bahan goreng tadi ..sng n mudah kan!

IKAN BILIS TUMIS ASAM

Bahan-bahannya:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 1 biji
  • Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam (secukup rasa)
  • Ikan bilis
  • Kentang 1 biji (dipotong nipis)
  • Minyak

Cara-caranya:

1. Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

2. Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili api kampung
  • 1 labu bawang besar (potong kecik2, senang nak tumbuk nanti)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan ikan bilis (basuh dan toskan)
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 1 sudu kecik gula
  • 1/4 cawan minyak

Cara-cara:

1. Tumbuk cili api, gula dan garam hingga lumat.

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Ketepikan.

3. Tumbuk kasar ikan bilis.

4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili api dan bawang yang dah ditumbuk tadi.

5. Goreng dengan api perlahan hingga sambal gesek menjadi garing.

Resepi Sambal Bilis Pedas

Ikan Bilis Halia

Ikan Bilis Telur Hancur

Sambal Hijau Petai

Kerabu Ikan Bilis

Ikan Bilis Masak Kicap

Resepi Sambal Bilis Hitam Pahang

Tumis Bilis Terung Pipit

Kerabu Mangga Ikan Bilis Bersama Limau Bali

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment