Home Resipi Masakan 14 Resepi Sarapan Yang Mudah Dibuat Di Rumah

14 Resepi Sarapan Yang Mudah Dibuat Di Rumah

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

14 resepi sarapan yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Jom buat di rumah mulai hari ini!

Resepi Cuppizza


Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza :

  • Roti 3 keping
  • Telur 3 biji
  • Hotdog 2 (kalau nak)
  • Bawang holland
  • Mayonaise 1 sudu besar
  • Salt & Pepper

Cara :

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

1. Potong semua bahan2 tu bentuk dadu / nipis2.

CLOSE

2. Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper.

3. Panaskan air fryer 5 minit suhu 180©. Bakar selama 10minit, suhu 160©.

Credit: eyqa roslan

Resepi Roti Telur

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti
  • 4 keping chesdale
  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 biji cili merah
  • Daun sup, lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.

Cara:

1. Satu kan semua bahan, panas kn kuali leper letak kn sedikit planta.

2. Celup kn roti kedlm adunan telur tadi.kemudian boleh lh goreng roti.

3. Letakan chesdale ditengah roti semasa roti masih panas nk bgi chesdale tu cair.

4. Kemudian potong roti ikut kepandaian masing2.

Kredit: @Norizaawanghamat

ROTI GULUNG SARDIN

Bahan-bahan:

● 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
● Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
● 1 labu bawang besar (hiris halus )
● 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
● 2 biji telor dipukul
● 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
● 2 sudu kecil jus limau kasturi

Cara:

1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.

2. Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.

3. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.

4. Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).

5. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis.

ROTI TELUR

Bahan-bahan:

  • 6 Keping roti sandwich
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 2 camca besar susu cair atau susu segar
  • sedikit minyak atau mentega

Cara: 

1. Roti sandwich tadi di potong 2 . ketepikan.

2. Pukul telur bersama bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati.

3. Masukkan susu cair ke dalam telur. Pukul rata.

4. Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick. Celup roti ke dalam telur kemudian goreng hingga keemasan.

5. Balikkan dan angkat.

SARDIN SANDWICH

Bahan:

  • 1 buku roti whole meal
  • Timun
  • Salad
  • Tomato
  • Bahan sardine
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 tin sardine
  • 2 sdb minysk masak
  • 2 sdb pes cili
  • 1 biji limau nipis
  • 2 biji cili merah dihiris nipis

Cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar tumis sehingg layu

2. Masukkan cili pes dan hirisan cili merah

3. Masukkan garam dan sardine serta 3 sdb sos sardine

4. Pecah-pecah sardine dan perah asam limau.

5. Masak hingga agak kering sedikit dan jangan terlalu kering

6. Angkat dan sejukkan

~ Jika suka butter, sapu dulu atas roti

~Alasksn dengan salad diikuti dengan sardine

~Letakkan timun dan tomato dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.

Karipap Roti Sedap dan Sempoi

Bahan-Bahan :

  • Roti gardenia (berapa keping korang nak)
  • Inti (resepi ni guna inti karipap)
  • Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)
  • Air
  • sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam

Cara-caranya:

1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu. Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim. Lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge’gam’ kan dia.

2. Then letak inti kat tengah2 roti tadi. Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.

3. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi. Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak. So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.

4. Peh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.

5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap.

sumber:Canteq.blogspot

Cucur Roti

  • 5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
  • 2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
  • 1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
  • Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara:

1. Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.

2. Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana

3. Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.

Sumber:mamaqaireen.com

Roti Kaya Goreng Butter

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 4-5 keping roti putih
  • kaya secukupnya
  • 1sm susu cair @ segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • sedikit butter
  • sedikit gula icing

Cara-caranya:

1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.

2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.

3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.

4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.

5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.

MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH

Bahan-bahannya:

  • 12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
  • 3 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh esen vanilla
  • 3 batang sosej
  • Cheese mozarella

Cara-caranya:

1.Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.

2. Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis.

3. Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.

4.Masukkan sosej dan cheese.

5. Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.

6. Pukul menggunakan wisker hingga sebati.

7. Tuang bancuhan telur ke dalam roti. Taburkan cheese. Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit.

Sumber:resepicikguani.blogspot.my

Roti Telur Cheese

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1 keping sosej.Dihiris nipis
  • sedikit mix herbs
  • sedikit white pepper
  • keju
  • aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.

Cara-cara:

1. Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.

2. Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.

3. Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi

4. Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.

Lasagna Roti

Bahan-bahan:

•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili & tomato
• salt & pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese

Cara-cara:

1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.

2. Masukkan sos cili dan tomato,salt dan pepper dan mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.

3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.

4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese. Ulang semula dari roti, buat 2 layer.

5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit.

Garlic Bread

Bahan-bahannya:

  • 1 sudu butter
  • dua keping roti
  • parsley – boleh beli yang kering dalam botol(banyak jual kat giant, tesco atau pasaraya)Parsley flakes dia tulis, bahagian rempah ratus ya.
  • yang ni ada dua optinal,korang boleh guna satu biji bawang putih ataupun macam aku,aku dah siap beli serbuk garlic tu.

Cara-caranya:

1. Ambik satu sudu butter,Campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi. Bagi yang guna bawang putih.just tumbuk-tumbuk sampai hancur pastu gaul kan sekali.senangkan.lima minit pun dah boleh siap dah.

2. lepas dah siap tu,sapu la dekat roti tu.uapa2 roti pun boleh guna.tak kisah pun.Pakai roti gardenia je pun best dah.

3. Bakar dalam periuk ajaib je.bakar lima minit je.jadila jumlahnya 10 minit saja untuk kita buat garlic bread yang sangat simple tapi sedap ni.

4.  Garlic bread sedap dicicah bersama mushroom soup.

ROTI TELUR ISTIMEWA

BAHAN-BAHANNYA

  • 2 keping roti whole wheat (mat beli jenis roti pound dan hiris 1 inci tebal)
  • 2 biji telur
  • 2 camca besar susu segar
  • 2 batang jejari ketam, hiris halus
  • 1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
  • 3 pokok kuchai, hiris halus
  • Secubit garam
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • Minyak zaitun untuk menggoreng
  • Sos pilihan (mat guna sos seribu pulau @ thousand island)

CARA MEMBUATNYA

1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos seribu pulau dan roti. Kacau rata dengan garfu. Ketepikan. Alih bancuhan telur tadi dalam bekas besar sedikit.

2. Panaskan 1 camca besar minyak zaitun dalam non-stick pan. Ambil 1 keping roti, celop ke dua2 bahagian roti tadi dalam telur, letak dalam pan. Ceduk sebahagian 1/2 bahagian bahan dalam telur tadi dan letak atas roti, ratakan. Bila bahagian bawah kelihatan garing, berhati2 terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi garing, angkat dan toskan.

SANDWICH SALAD AYAM

BAHAN-BAHANNYA:

  • 2 keping roti sandwich (mat guna roti gardenia)
  • 2 keping nugget ayam, Ayamas, goreng, toskan
  • 1/2 biji bawang holland, cincang halus
  • 3 helai daun bawang, hiris kecil
  • 1 camca besar mayonnaise
  • 1/2 camca besar sos thousand island
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 keping cheesedale
  • sedikit minyak zaitun

CARA:

1. Nugget ayam dipotong kecil, masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang, hirisan daun bawang, mayonnaise dan sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam.

2. Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan letakkan sekeping roti atanya. Panaskan non-stik pan dengan sedikit minyak zaitun, bila pan panas, berhati2 letak sandwich tadi. Kecilkan api dan masak hinga roti kuning keemasan dan sedikit garing.

3. Terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi sedikit garing. Angkat dan kerat 4 bahagian.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment