Home Resipi Masakan 15 Resepi Cucur Yang Boleh Dibuat Di Rumah, Cukup Untuk 2 Minggu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan!

15 Resepi Cucur Yang Boleh Dibuat Di Rumah, Cukup Untuk 2 Minggu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan!

by MyMedia-02

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu, tidak tahu masak apa untuk minum petang? Di sini kongsikan 15 resepi cucur yang mudah, boleh dibuat di rumah bila-bila masa!

CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan A:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
  • 1 sudu kecil baiking powder *
  • 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
  • 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
  • 1 sudu besar minyak masak*
  • 1 biji telor ayam *
  • Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
  • 1 cawan karet yang dihiris halus
  • 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
  • 1 biji bawang besar yg dihiris halus
  • 1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
    Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
  • 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain

  • Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
    ATAU
  • Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

Cara:

1. Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A

2. Gaul rata supaya menjadi sebati

3. kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik

4. masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda

5. rasa tahap kesedapan anda

6. Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng.

Resepi Cucur Manis Versi Stick 

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat Cucur Manis Stick

1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam

2. Masukkan kedalam tepung gandum

3. Gaul sebati

4. Biarkan sejuk seketika

5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.

6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Tips :

Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan. Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Sumber: saji.my

Cucur Ikan Bilis Viral


Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
  • Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
  • Kucai/daun sup
  • lobak merah
  • bawang besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, garam.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas…buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung…lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar…Tuangkan air panas sedikit demi sedikit…apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan….Buat bahagian demi bahagian ye (wat sikit-sikit)

3. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh….pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu…kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang..kan air panas tu.. hehe

4. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh

5. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng. dah siap. boleh makan dengan sos peberet korang..

tips:

  • boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.. kadang2 admin letak udang,bawang garam dengan carrot je.. pon sodap..
  • basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang.. kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik..
  • 3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. klau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la..

Kredit: alia umaira

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG


Bahan:

  • 3 tongkol jagung (Jagung disagat/ hiris dari tongkolnya)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 labu bawang besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara:

1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Mausukkan jagung dan bawang yang didadu. Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan yang sesuai.

2. Goreng dalam minyak dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kan.

CUCUR ROTI

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti (guna roti gardenia)
  • 3 biji telur ayam saiz besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 genggam ikan bilis saiz kecil
  • 1 pokok daun bawang dipotong kecil
  • 10 batang daun kucai dipotong kecil
  • 1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
  • 1/2 keping kiub ikan bilis
  • Secubit garam
  • Cili merah dipotong halus jika suka
  • Minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Roti dipotong kecil-kecil.Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.masukkan kiub ikan bilis + garam.

2. Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.gaulkan semuanya.

3. Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair

4. panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.

5. hidangkan panas-panas bersama cili sos.

CEKODOK PISANG

Bahan-bahan:

  • Pisang yang telah terlalu masak/kehitaman yg dah tak sedap dimakan mentah
  • Tepung gandum secukupnya
  • sedikit air kapur pekat
  • 2 sudu makan gula (bergantung kepada jenis pisang yg digunakan)
  • sedikit garam

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang dalam besen kecil dan masukkan gula. Biarkan selama 15 minit

2. Masukkan air kapur dan garam, kacau rata.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga bancuhan boleh dijemput dengan jari.

4. Panaskan minyak penuh secukupnya dengan api sederhana.

5. Apabila minyak telah panas, goreng cucur anda sehingga masak.

6. Angkat dan toskan mengunakan tisu masakan..

CUCUR BAWANG

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Bawang besar sebiji – potong dadu
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis – bancuh dengan air
  • Air secukupnya
  • Garam (setengah sudu kecil)
  • 1 sudu kecil minyak masak (petua untuk bagi rangup dan lembut cucur tu nanti, biar pun dah sejuk)

Cara-cara:

1. Campurkan tepung dan bawang besar – gaul sekata

2. Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul bagi sebati.

3. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan likat. Jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti.

4. Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.

5. Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.

CUCUR KENTANG

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang (dikupas dan diparut)
  • 5 sdb tepung jagung
  • 4 sdb tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar (dipotong)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)
  • sedikit lada sulah
  • garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Satukan kentang yang sudah diparut dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, bawang besar, serbuk lada sulah serta garam.Gaulkan sebati.

2. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas supaya kentang tidak menyerap minyak.

3. Sudukan dalam kuali dan leperkan.biarkan garing baru terbalikkan sebelah lagi.

4. Goreng hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya serap minyaknya.

5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan sos cili.

CUCUR ROTI BERUDANG

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping kulit roti yang keras
  • 10 ekor udang – sedarhana besar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris
  • 1 biji lada merah ~ diracik
  • 1 ikat daun bawang ~ dihiris
  • 1 sudu teh sebuk kari ikan
  • 1 biji telur
  • secubit garam

Cara:

1. Kepingan roti keras dipotong kecil. Rendam dalam sedikit air suam hingga kembang. kemudian toskan airnya

2. Udang dibuang kulit dibasuh dan ditoskan

3. Campurkan roti dengan tepung gandum dan digaul rata. (tepung dicampur air)

4. Tambahkan sedikit garam

5. Campurkan semua bahan yang diracik dan dihiris

6. Gaul hingga menjadi adunan cucur jemput2 atau cekodok.

7. Panaskan minyak. Masukan senduk leper dan direndam dalam minyak panas seketika.

8. Letakkan sedikit adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di atasnya.

9. Rendam dalam minyak panas hingga tertanggal adunan tadi dari senduk.

10. Goreng hingga keemasan dan siap untuk dihidangkan bersama sos cili.

CUCUR BILIS

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung gandum
  • segenggam ikan bilis ditumbuk
  • segenggam udang basah ditumbuk
  • 1 labu bawang besar holand dihiris
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 5 pelepah daun sup diptong pendek
  • 1 biji telur
  • 2 sudu mentega
  • garam

Cara:

1. Satukan semua bahan diatas.. bancuh gunakan air secukupnya..

2. biar adunan agak cair sedikit..

3. panaskan minyak dan gorengkan hingga garing..

4. angkat dan toskan..

CUCUR AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • ¼ cawan dada ayam – dicencang halus
  • ¼ sudu teh jintan manis
  • ¼ sudu teh jintan putih
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk pengadun. Tambahkan air secukupnya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan goreng cucur hingga keperang-perangan.

RESEPI CUCUR TAUHU


Bahan2nya:

  • 5 keping tauhu keras (hancurkan kasar2)
  • 1 pek tauhu lembut (hancurkan kasar2)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Daun bawang (hiris)
  • Daun sup (hiris)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
  • 1 biji cili merah (cincang)
  • Garam / Gula
  • Air secukupnya

Cara2nya:

1. Hancurkan tauhu lembut dan tauhu keras, tetapi jangan terlalu hancur.

2. Masukkan daun bawang, daun sup, cili merah, bahan kisar dan ikan bilis tumbuk. Gaul rata.

3. Masukkan tepung sikit demi sikit beserta dengan air. Jangan biar adunan terlalu keras atau terlalu lembik.

4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Setelah adunan siap, boleh digoreng. Sedap mkn dengan sos kegemaran anda atau sambal kicap.

Sambal Kicap Pedas

Bahan2nya:

  • Segenggam cili api (campur)
  • 5 ulas bawang putih
  • kicap manis / kicap masin

Cara2nya:

Tumbuk cili api dan bawang putih hingga lumat. Campurkan dengan kicap manis dan masin. Gaul hingga rata.

CUCUR LABU


Bahan-Bahan:

  • 1 biji labu masak (sederhana besar)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji cili merah
  • Air untuk membancuh adunan
  • Segengam udang kering
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Sagatkan labu(tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus).

2. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul sebati

3. Goreng dalam minyak yang panas.

CUCUR NASI


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum -tambah 4 sudu makan lagi
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air ais
  • 1 biji telur
  • ikan bilis – ikut suka
  • daun sup/daun bawang-ikut suka
  • 1 biji bawang besar di hiris halus-pilihan
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.

2. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.

3. Perap sebentar adunan….selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok…

4. Sedap di makan panas-panas bersama pencicah seperti sambal, kari ataupun masak lemak cili api.

CUCUR DURIAN


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur, pukul sedikit
  • 1/2 cawan isi durian, lecek halus
  • 1 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • Secubit garam

Cara:

1. Satukan semua bahan2 di atas, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

2. Rehatkan 10 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa, mat guna 1 camca besar adunan untuk sebiji cucur, goreng 10 – 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment