Home Trending 26 Soalan Lazim Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020 daripada LHDNM!

26 Soalan Lazim Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020 daripada LHDNM!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pihak LHDNM telah mengumumkan 26 soalan lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020. Rayuan boleh dibuat mulai 3 April!

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

CLOSE

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut:

Bantuan Prihatin Nasional B40 

1) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Bantuan Prihatin Nasional M40

1) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima oleh golongan B40 & M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

  • Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  • Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  • Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai malalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pemohon boleh mengemaskini maklumat akuan bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

7. Bila dan Bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  • Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  • Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  • Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 & M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  • Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  • Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?

Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaraan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

14. Adakah pendapatan isi rumah yang diambil kira termasuk elaun dan bonus?

Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan.

15. Siapakah yang akan menerima bayaran bantuan sekiranya suami dan isteri kedua-duanya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)?

Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan, bayaran akan dibuat ke akaun bank ketua keluarga.

Jika pembayar cukai memilih taksiran bersama, bayaran akan dibuat ke akaun bank pembayar cukai berkenaan.

16. Adakah warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai isi rumah?

Tidak, warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai bujang.

17. Adakah permohonan boleh dibuat secara borang kertas (manual) sekiranya pemohon tidak mempunyai kemudahan internet?

Tidak. Semua permohonan adalah secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my.

18. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi permohonan baharu yang dihantar?

Pemohon tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi permohonan baharu.

19. Bolehkah saya membuat kemaskini maklumat akauan bank yang telah tidak aktif?

Bagi kelulusan BPN berdasarkan rekod BSH, mekanisme bayaran adalah sama seperti ke akaun bank penerima BSH dan maklumat akaun bank tidak boleh dikemaskini.

Bagi kelulusan BPN berdasarkan rekod pengemukaan BNCP, pembayar cukai boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank di aplikasi ezHASIL iaitu e-Kemaskini.

20. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

Bagi permohonan yang disenaraikan berdasarkan rekod BSH, sekiranya proses pengkreditan oleh bank adalah gagal, penerima boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Kaedah pemakluman berkaitan baucer berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebaliknya bagi pemohon yang lulus berdasarkan rekod percukaian, semua pembayaran dilakukan melalui akaun bank. Oleh itu, kemaskini maklumat akaun bank perlu dilakukan di aplikasi ezHASIL iaitu e-Kemaskini.

21. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2020. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun pada Mac 2020, adakah saya layak memohon?

Individu yang memasuki 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.

22. Bilakah tarikh akhir permohonan baharu BPN boleh dibuat?

Permohonan baharu dibuka sehingga 30 April 2020. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

23. Bilakah saya boleh membuat permohonan rayuan?

Permohonan rayuan dibuka mulai 3 April 2020 secara dalam talian di https://bp.hasil.gov.my.

24. Berapa lamakah permohonan baharu dan rayuan akan diproses?

Permohonan baharu dan rayuan akan diproses setelah verifikasi selesai dilakukan.

25. Adakah saya akan diaudit oleh LHDNM selepas permohonan dibuat atau permohonan diterima dengan suci hati?

Pemohon adalah tertakluk kepada klausa akuan yang dinyatakan di dalam borang permohonan.

26. Saya adalah bujang dan menanggung adik-beradik di bawah umur 21 tahun kerana ketiadaan ibu dan bapa (telah meninggal dunia). Adakah saya layak memohon bantuan sebagai isi rumah mempunyai tanggungan?

Tidak layak memohon sebagai isi rumah. Pemohon layak menerima bantuan kategori bujang sahaja.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment