Home Promosi Hangat Promosi AirAsia X: Free Seat ke Australia, Jepun, Korea, India dan sebagainya!

Promosi AirAsia X: Free Seat ke Australia, Jepun, Korea, India dan sebagainya!

by MyMedia-02

Berita baik buat kawan-kawan yang suka melancong! Inilah peluang untuk anda melancong ke Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India dengan tempat duduk tambang-sifar (Free Seat) oleh AirAsia X!

AirAsia X akan melancarkan Jualan Free Seat mulai 24 Februari 2020 (0001h GMT +8) ke 26 Februari 2020 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

Terdapat 1 juta tempat duduk promosi bagi penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Tampang promosi ini adalah percuma, tidak termasuk cukai dan bayaran lain.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Tempahan penerbangan boleh mula dibuat mulai 24 Februari 2020 (0001h GMT +8) ke 26 Februari 2020 (2400 GMT +8) dengan log masuk ke airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 72 jam.

Bagi yang ingin membuat penambahan seperti membuat pra-tempahan hidangan Santan atau menaiktaraf tempat duduk ke “Zon Senyap” boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar.

Kawan-kawan yang suka melancong, janganlah lepaskan peluang keemasan ini untuk menempah Free Seat Air Asia X ke pelbagai destinasi menarik berjarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

* Tempat Duduk Percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain-lain. Tertakluk pada terma dan syarat.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment