Home Semasa Aktiviti Yang Dilarang dan Aktiviti Yang Dibenarkan Dalam Tempoh PKPP Mulai 10 Jun

Aktiviti Yang Dilarang dan Aktiviti Yang Dibenarkan Dalam Tempoh PKPP Mulai 10 Jun

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Aktiviti Yang Diberi Kelonggaran Termasuklah:

✅ Perjalanan rentas negeri dibenarkan (kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD)

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

✅ Perkhidmatan gunting rambut, salun, pasar terbuka, food truck, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi, penggambaran filem, mesyuarat, bengkel, muzium dibenarkan

✅ Beberapa jenis sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, kayuhan basikal dan sebagainya dibenarkan

✅ Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan

✅ Aktiviti keagamaan

Aktiviti Yang Masih Dilarang:

❌ Permainan sukan atau pertandingan yang melibatkan perhimpunan penonton yang ramai dan sukan bersentuhan seperti bola sepak, bola keranjang tidak dibenarkan

❌ Pelancongan antarabangsa tidak dibenarkan, sempadan negara masih ditutup

❌ Aktiviti hiburan seperti pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi dan pusat karaoke masih dilarang

❌ Taman tema masih dilarang

❌ Perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dilarang

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment