Home Resipi Masakan Aneka Resepi Kek Yang Sedap Untuk Hari Raya

Aneka Resepi Kek Yang Sedap Untuk Hari Raya

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan aneka resepi kek yang sedap!

Kek Cheese Nutella Oreo Tanpa Bakar

Bahan-bahan

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • Oreo secukupnya dipotong – potong kasar
  • 250 gram ~ Cream cheese
  • 3 – 4 sudu besar ~ Nutella
  • 2 cawan ~ Whipping cream
  • 1/4 cawan ~ Mentega / butter yang sudah dicairkan
  • 1 sudu makan ~ Lemon juice
  • Bubuk kayu manis secukupnya
  • 1/4 cawan ~ Gula merah / melaka
  • 1/4 cawan ~ Gula putih
  • 1/2 cawan ~ Biskut Roma / Regale / Marie yang dihaluskan

Tip : *Gunakan loyang bulat.

CLOSE

Cara-cara penyediaan

1. Campur biskut yang sudah dihaluskan, mentega cair, serbuk kayu manis, gula merah sampai rata. Masukkan dalam loyang, tekan-tekan sampai padat. Masukkan dalam freezer kira-kira 1 jam.

2. Kacau guna mixer, cheese cream sampai lembut dan moist serta jus lemon, kacau lagi pakai mixer. Tambahkan whipping cream dan gula putih, mixer lagi sehingga agak kental.

3. Adunkan butter cheese bagi rata jadi 2 bahagian, pisahkan mangkuk.

4. 1 mangkuk dicampur dengan oreo (lapisan 1).

5. 1 mangkuk dicampur dengan Nutella, adun rata (lapisan 2).

6. Keluarkan loyang yang diletakkan dalam freezer tadi, letakkan dengan lapisan 1, ratakan.

7. Masukkan ke dalam freezer lagi sampai agak keras kurang lebih 1 jam.

8. Keluarkan lagi dan kalau sudah keras, kemudian letakkan pula dengan lapisan 2 yang ada campuran Nuttelanya. Hias dengan topping oreo, masukkan ke dalam freezer.

9. Biarkan 5 jam di dalam freezer atau lebih bagus semalaman. Kemudian kalau sudah keras boleh dipotong dan dimakan.

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan A:

  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 susu kecil garam
  • 60 gm tepung kek/tepung superfine
  • 20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

  • 140 gm gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.

2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

5. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Kek karamel coklat

Bahan karamel: 2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur sedikit esen
    * Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:

Bahan A:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
    * Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:

  • 11/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
    * Semua bahan di atas diayak.

Bahan C: 3 biji telur – diblend.

Cara:

1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.

2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.

3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak. Selamat mencuba!

Resepi Kek Coklat Kukus


Sumber: zinita@myresipi.com

Bahan-Bahan:

Bahan A- Diayak

  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Serbuk Koko
  • 1 sk Baking Powder
  • 2 sk Bicarbonate of Soda

Bahan B- Dipukul guna hand mixer (sekejap sahaja)

  • 3 biji Telur Gred A
  • 2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)
  • 1 cawan Susu Cair
  • 1 cawan Minyak
  • 1 tsp Coklat Emulco
  • 1 cawan Air Panas (menggelegak)

Bahan Lain:

  • Pengukus
  • Loyang (saya guna loyang saiz 20cm)
  • Kertas Minyak
  • Aluminium foil

Cara:

1. Pertama sekali. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.

2. Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.

3. Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis (ayak) semua bahan-bahan A. Ketepikan.

4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur.

5. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).

6. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).

7. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.

8. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh cuba cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Kek butter lapis coklat

Bahan:

  • 1 buku butter
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • coklat Cadbury sebagai base
    (tak nak letak coklat pun takpe, ikut korang)

Cara:

1. masukkan gula, butter dan telur. kacau sebati.

2. pastu masuk tepung slow2. gaul lagi.

3. pastu masuk esen vanilla.

4. pastu sapu minyak pada loyang.

5. adunan tadi masuk sikit dalam loyang.

6. buat satu layer.

7. patah2kan coklat cadbury macam pic aku kat atas tu.

8. pastu balance adunan korang siram satu layer lagi atas coklat.

9. panaskan oven suhu 180 darjah. masak selama 30 minit. guna api bawah.

Resepi Kek Coklat Indulgence

Bahan Kek

  • 2 cwn gula
  • 1 3/4 cwn tepung
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cwn air

Cara-caranya:

Campurkan bahan kering, gaul sebati. Putar telur dan gula hingga kembang. Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati. Masukkan bahan kering tadi gaul sebati. Alas loyang dengan kertas minyak. Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak. Bakar 170’c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 ) Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih

  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat putih
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:

Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit. Cairkan coklat cara double boiler. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati. Putar whipping cream hingga lembut. Tuang coklat dalam whipping cream, gaul sebati.

Bahan Black Mousse

  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara-caranya:

Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit. Cairkan coklat cara double boiler. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati. Putar whipping cream hingga lembut. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache

  • 1 cwn coklat masakan
  • 1 cwn whipping cream

Cara-caranya:

Cairkan coklat cara double boiler. Putar whipping cream hingga lembut. Tuang coklat dalam whipping cream, gaul sebati.

Cara Melapis

Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan. Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan. Ulang langkah yg same hingga siap. Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek. Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek. Simpan dalam peti sejuk 15minit.

Kek Red Velvet Gebu

*Acuan 7 inci.
*Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A:

  • 170g mentega
  • 150g gula castor – saya pakai 120g utk kurang manis
  • 3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali

  • 250g tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan

  • 1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul

3. Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

4. Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing

5. Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan

  • 350g cream cheese
  • 70g mentega
  • 200g gula aising
  • 1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan

1. Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.

2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair.

Bahan-bahan kek:

  • 100 gm majerin
  • 50 gm mentega
  • 60 gm gula halus
  • 65 gm gula perang
  • 3 biji telur
  • 125 gm tepung berserbuk penaik
  • 25 ml susu segar
  • ½ camca teh esen pisang
  • 1 camca teh esen vanila

Bahan-bahan dadih:

  • 125 gm majerin
  • 340 gm gula halus
  • 4 biji pisang (dikisar)
  • 1 biji lemon (diparut kulit dan diambil perahannya)
  • 4 biji telur (dipukul)

Cara-cara

1. Untuk membuat kek, putar majerin, mentega, gula halus dan gula perang hingga gebu.

2. Masukkan telur berselang seli dengan tepung dan susu. Masukkan esen pisang dan esen vanila. Putar sebati.

3. Tuang adunan di dalam mangkuk kertas kecil dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

4. Untuk membuat dadih pisang, cairkan majerin dan masukkan gula. Apabila gula larut, masukkan semua bahan lain. Kacau hingga mendidih dan kuah pekat. Hidangkan bersama kek.

Kek Batik

Bahan:

  • 250gram buttercup
  • 2 paket biskut marie
  • 3 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air

Cara:

1.Panaskan kuali,buka ape sederhana.Cairkan butter dlm kuali.lps tu msukkan susu pekat.

2.Seterusnya msukkan milo,serbuk koko dan air.kacau sebati.

3.Masukkan biskut marie n kacau sebati agak2 dlm 5-7mnit.sy suka masak lama supaya biskut tu lebih lembut mcm kek n xkeras.

4.Lampirkan plastik dlm loyang utk memudahkan kek batik dikeluarkan drpd loyang nti.

5.Msukkan kek batik yg siap dimasak td ke dlm loyang n tekan2,padatkan.

6.Msukkan ke dlm peti ais dlm 1jam.

7.Da bole keluarkan kek batik dr loyang n hias.

Kredit: natrah syafiqah

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment