Home Semasa Automatik Tangguh Bayaran Pinjaman Selama 6 Bulan, Tiada Faedah Yang Dikenakan Pada Car Loan!

Automatik Tangguh Bayaran Pinjaman Selama 6 Bulan, Tiada Faedah Yang Dikenakan Pada Car Loan!

by MyMedia-02

Seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, salah satu langkah untuk membantu individu, PKS dan Syarikat Korporat yang terjejas oleh wabak COVID-19 ialah melancarkan automatik penangguhan pembayaran balik pinjaman selama 6 bulan.

Mulai 1 April 2020, automatik penangguhan pembayaran balik pinjaman melibatkan hutang-hutang seperti pinjaman perumahan (house loan), pinjaman kereta (car loan), pinjaman peribadi (personal loan) termasuk individu / SME, kecuali kad kredit.

Bagi pinjaman perumahan, faedah akan diteruskan dalam tempoh 6 bulan ini, manakala pinjaman kereta pula tidak akan dikenakan faedah.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Maka, adalah digalakkan untuk teruskan pembayaran pinjaman perumahan bagi mereka yang mampu.

Anda dikehendaki untuk teruskan pembayaran balik pinjaman selepas tempoh 6 bulan,iaitu bermula dari 1 Oktober 2020, dan anda tidak akan dimasukkan di bawah CCRIS bagi penangguhan pembayaran balik pinjaman.

Perbezaan Di Antara Pinjaman Kereta dan Pinjaman Perumahan

▼Pinjaman Kereta

Faedah: Tidak dikenakan faedah selama 6 bulan

Pokok: Tangguh bayaran balik selama 6 bulan

Tempoh Bayaran Pinjaman: Penambahan Selama 6 bulan

Jumlah Pinjaman: Tidak berubah

▼Pinjaman Perumahan

Faedah: Diteruskan

Pokok: Tangguh bayaran balik selama 6 bulan

Tempoh Bayaran Pinjaman: Penambahan Selama 6 bulan

Jumlah Pinjaman: Faedah pinjaman selama 6 bulan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bank pinjaman masing-masing.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment