Home Trending Bas ke KLIA / KLIA 2 dari RM 4 sahaja!

Bas ke KLIA / KLIA 2 dari RM 4 sahaja!

by MyMedia-03

Berita baik untuk pengguna yang menggunakan pengangkutan awam ke KLIA dan KLIA 2! Tiket kombo dijual pada harga RM10 manakala tiket bas hanya berharga RM4.

Tiket kombo yang dijual pada harga RM10 dan boleh dibeli di mana-mana kaunter LRT, MRT, monorel serta BRT itu merangkumi tiket bas dan rel bagi perjalanan sehala. Perjalanan dari Putra Heights ke KLIA dan KLIA 2 mengambil masa kira-kira 40 minit dengan bas bertolak setiap 30 minit.

Bagi pengguna dari KLIA yang ingin mendapatkan perkhidmatan bas perantara ke stesen LRT Putra Heights, anda boleh membeli tiket dan menaiki bas tersebut dari Tingkat 1, Bangunan Utama KLIA.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Cara-cara Membeli Tiket Kombo

  1. Beli tiket anda di mana-mana kaunter LRT, MRT, Monorail atau BRT.
  2. Anda akan menerima token untuk perjalanan anda ke stesen LRT Putra Heights dan resit untuk menaiki bas anda.
  3. Pergi ke stesen LRT Putra Heights dan jalan ke Putra Heights Bus Hub.
  4. Sediakan resit dan menaiki bas.

Jetbus menawarkan harga RM4 sehala dari stesen LRT Putra Heights menuju ke KLIA dan KLIA 2. Untuk perkhidmatan Jetbus, tiket bas boleh dibeli di kaunter Jetbus, stesen LRT berkenaan, yang dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Anda juga boleh membeli tiket kombo apabila anda pulang dari KLIA atau KLIA 2. Anda boleh membeli tiket daripada pemandu bas dan menukarkan token anda untuk LRT, MRT, Monorail atau BRT apabila anda sampai ke stesen LRT Putra Heights.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment