Home Semasa Borang Cukai BE Form Perlu Dikemukakan Sebelum 30 Jun! Mungkin Dikenakan Denda Jika Lewat!

Borang Cukai BE Form Perlu Dikemukakan Sebelum 30 Jun! Mungkin Dikenakan Denda Jika Lewat!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM.

Disebabkan COVID-19, cawangan LHDN telah tutup perkhidmatannya sementara dalam tempoh PKP. Maka, tempoh tamat untuk penghantaran borang cukai telah dilanjutkan selama 2 bulan.

Penghantaran borang E telah dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 31 Mei, manakala borang BE telah dilanjutkan daripada 30 April kepada 30 Jun.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Borang B dan P pula dilanjutkan daripada 30 Jun kepada 31 Ogos.

LHDNM telah memberi peringatan kepada rakyat melalui Facebook, di mana tarikh akhir bagi pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2019 bagi  Borang BE Manual / e-Filing adalah pada 30 Jun 2020, iaitu 4 hari lagi bermula dari hari ini. 

Tarikh Tamat Pengemukaan Borang Nyata Tahun 2020

1. Form E/eE – Majikan (Penyata bagi Tahun Saraan 2019) – Sebelum 31 Mei

2. Form BE/eBE – Individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan – Sebelum 30 Jun

3. Form B/eB – Individu pemastautin yang menjalankan perniagaan – Sebelum 31 Ogos

4. Form P – Perkongsian – Sebelum 31 Ogos

Langkah-Langkah Mengisi Borang Cukai Atas Talian Melalui Aplikasi e-Filing

▼ Pendaftaran Akaun ezHASiL (Kali Pertama Mengisi Borang Cukai)

1. Melayari Laman Web ezHASIL

2. Klik “Login Kali Pertama”.

3. Masukkan Pin No dan No Kad Pengenalan, kemudian klik “Hantar”.

4. Isikan maklumat peribadi, klik “Setuju”.

5. Pastikan maklumat yang diisi betul dan tekan butang “Hantar”.

Langkah-Langkah Mengisi Borang Cukai Atas Talian

1. Melayari Laman Web ezHasil.

2. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke akaun.

3. Klik “e-Filing”, pilih “e-Borang”.

4. Pilih jenis cukai dan tahun taksiran.

5. Isikan maklumat individu.

6. Isikan borang seperti di bawah berdasarkan borang EA yang didapatkan daripada majikan.

7. Isikan bahagian pelepasan cukai / tolakan cukai.

8. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul, tekan butang “Teruskan”.

9. Klik “Tandatangan & Hantar” untuk menghantar e-Borang.

10. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.

11. Klik “Simpan & Cetak e-BE” untuk menyimpan borang e-BE.

Taksiran Individu untuk Tahun 2019

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment