Home Semasa Status BPN Memaparkan “Permohonan Diterima”? Inilah Sebabnya~

Status BPN Memaparkan “Permohonan Diterima”? Inilah Sebabnya~

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dibuat kepada penerima yang layak mulai 6 April secara berperingkat.

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 & M40, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my.

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa status permohonan menunjukkan “Permohonan Diterima” setelah beberapa hari permohonan baharu dibuat? 

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

CLOSE

Merujuk kepada FAQ BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020, permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup. 

Tarikh tutup permohonan BPN adalah 30 April, ini bermakna permohonan baharu dan rayuan hanya akan diproses selepas 30 April, maka status permohonan bagi permohonan baharu dan rayuan akan menunjukkan “Permohonan Diterima” pada masa sekarang.

Bagi mereka yang telah membuat permohonan baharu dan rayuan, bolehlah melayari Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional di https://bpn.hasil.gov.my untuk membuat semakan status terbaru selepas 30 April.

Sekiranya permohonan berjaya, maka bayaran BPN akan dibuat pada bulan Mei.

Credit: Leesharing

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment