Home Resipi Masakan Cara Buat Cheese Tart Step By Step!

Cara Buat Cheese Tart Step By Step!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan cara buat cheese tart step by step yang dikongsikan oleh Azlita Masam Manis. 

BAHAN-BAHAN

KULIT

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

CLOSE

CREAM CHEESE

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

CARA – CARA

KULIT

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garpu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.

7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

FILLING

1. Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.

2. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

3. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

CREAM CHEESE

1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

4. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

HIASAN

1. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

2. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.

3. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

4. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

5. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!

6. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

BAKAR

1. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Sumber : Azlita Masam Manis

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment