Home Semasa Cara Daftar Akaun Internet Banking BSN (myBSN) Secara Online

Cara Daftar Akaun Internet Banking BSN (myBSN) Secara Online

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Internet Banking BSN (myBSN) membolehkan pengguna membuat transaksi perbankan dengan mudah, tidak perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan Bank BSN. Yang penting sekali, internet banking BSN memudahkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membuat semakan kredit secara online.

Anda hanya perlu daftarkan akaun myBSN secara dalam talian dengan beberapa langkah yang mudah.

Langkah Mendaftarkan Akaun myBSN Secara Online

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

✅ Langkah 1# Buka portal rasmi myBSN [https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do]

CLOSE

✅ Langkah 2# Klik “Accept”, kemudian klik “Next”.

✅ Langkah 3# Masukkan maklumat yang diperlukan:

  • 16 digit nombar kad atm BSN
  • CVV2 (3 nombor di belakang kad atm BSN)
  • Tarikh tamat tempoh kad atm BSN
  • Nombor kad pengenalan

Kemudian, klik “Next”.

✅ Langkah 4# Cipta username dan password.

✅ Langkah 5# Klik “Request OTP”. Nombor OTP 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang pernah didaftarkan.

✅ Langkah 6# Masukkan nombor OTP.

✅ Langkah 7# Pilih gambar, klik “Next”.

✅ Langkah 8# Setelah pendaftaran berjaya, klik “click here” untuk log masuk dengan menggunakan username dan password anda.

✅ Langkah 9# Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan.

Siap! Selamat mencuba!

* Untuk mengemaskini nombor telefon, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank BSN untuk proses kemaskini.

Perkhidmatan myBSN 

Antara perkhidmatan yang boleh digunakan melalui myBSN termasuklah:

  • Semak baki akaun BSN secara dalam talian (online)
  • Deposit
  • Transfer
  • Pembayaran bil utiliti
  • Semak Penyata BSN
  • Pembayaran tanpa tunai

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment