Home Trending Panduan Semak wang tak dituntut melalui eGUMIS! Inilah caranya!

Panduan Semak wang tak dituntut melalui eGUMIS! Inilah caranya!

by MyMedia-03

eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) telah dilancarkan oleh kerajaan untuk mempercepat proses semakan wang tak dituntut secara dalam talian. Nak semak wang tak dituntut secara dalam talian? Inilah caranya!

1. Layari laman sesawang eGUMIS. [KLIK SINI]

2. Klik ‘Pendaftaran’ untuk mendaftar.

3. Isikan maklumat peribadi anda.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

4. Selepas mendaftar, log masuk ke dalam akaun anda.

5. Klik ‘Carian Wang Tak Dituntut’ untuk membuat semakan.

6. Isikan nombor Kad Pengenalan anda.

  • Anda hanya memerlukan satu akaun untuk membuat semakan untuk ahli keluarga anda.
  • Setiap pengguna hanya boleh membuat semakan untuk dua Kad Pengenalan setiap hari.

7. eGUMIS akan menunjukkan amaun sekiranya anda mempunyai wang tak dituntut.

Contoh di bawah menunjukkan pengguna tersebut mempunyai RM 59.35 yang tidak dituntut.

8. Sekiranya anda mempunyai wang tak dituntut, anda boleh muat turun borang yang berkenaan dan membuat permohonan untuk menuntut wang tersebut. Selepas anda mengisikan borang berkenaan, sila hantar ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment