Home Semasa Fasa Peralihan Monsun Mulai 27 Mac! Ribut Petir dan Hujan Lebat Pada Waktu Petang!

Fasa Peralihan Monsun Mulai 27 Mac! Ribut Petir dan Hujan Lebat Pada Waktu Petang!

by MyMedia-02

Menurut siaran media oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 27 Mac 2020 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2020. Dalam tempoh ini, kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir.

Semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca yang lazim berlaku adalah ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment