Home Lifestyle [Home Ownership Campaign] Pembeli Rumah Menikmati Pengecualian Duti Setem & Diskaun Tambahan Sebanyak 10%!

[Home Ownership Campaign] Pembeli Rumah Menikmati Pengecualian Duti Setem & Diskaun Tambahan Sebanyak 10%!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Kerajaan akan memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah / Home Ownership Campaign (HOC).

Kempen tersebut merupakan usaha bersama oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia. Rakyat Malaysia yang ingin membeli hartanah kediaman sebelum 31 Mei 2021 akan mendapat manfaat pengecualian duti setem.

Selain itu, margin had pembiayaan 70% yang sedia ada terpakai bagi pinjaman perumahan ketiga dan bagi hartanah yang bernilai RM600,000 dan ke atas juga akan dimansuhkan dalam tempoh HOC, ia tertakluk kepada amalan pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Istimewa Kempen Pemilikan Rumah (HOC)

✅ Pembelian rumah yang berharga antara RM300,001 – RM1,000,000, boleh menikmati pengecualian duti setem untuk Memorandum of Transfer (MOT).

✅ Pembelian rumah yang berharga antara RM1,000,000 – RM2,500,00 boleh menikmati pengurangan duti setem sebanyak 3%, di mana duti setem 3% hanya akan dikenakan ke atas jumlah baki selepas RM1,000,000. Contohnya, pembelian rumah berharga RM1,500,000, duti setem sebanyak 3% akan dikenakan pada RM500,000 sahaja.

✅ Pembelian hartanah berharga RM2,500,000 atau ke atas, boleh menikmati pengecualian duti setem sebanyak 0.5% pada perjanjian pinjaman.

✅ Pembeli rumah akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% pada harga pembelian rumah. Diskaun yang diberikan perlu dipaparkan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA).

Bagi menikmati  manfaat seperti yang disenaraikan, rumah yang dibeli harus didaftarkan dengan REHDA Malaysia (Semenanjung Malaysia) , SHAREDA (Sabah) atau SHEDA (Sarawak).

Tempoh Kempen Pemilikan Rumah (HOC)

📅 Mulai hari ini sehingga 31 Mei 2021

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment