Home Resipi Masakan Homemade Pizza paling mudah & ekspress!

Homemade Pizza paling mudah & ekspress!

by MyMedia-02

Homemade Pizza tanpa diuli! 

Credit to: Rafiza Idayu

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress:

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Langkah-langkah:

1. Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.

2. Keluarkan plastik lapik Roti Royale Paratha. Tanggalkan ketika masih beku sebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.

3. Susunkan paratha di atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.

4. Letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.

5. Susun sosej di atas lapizan mozarella. Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.

6# Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.

7# Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese.

8# Masukkan dalam oven. Letak ditengah-tengah menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit(suhu 170 atau 180 darjah). Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna. Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak.

Siap!!!

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment