Home Semasa Langkah Untuk Keluarkan Pelaburan ASNB Tanpa Perlu Ke Bank

Langkah Untuk Keluarkan Pelaburan ASNB Tanpa Perlu Ke Bank

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.

Pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5 dan jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk keluarkan pelaburan ASNB secara dalam talian tanpa perlu ke bank yang dikongsikan oleh Fairuz Nabilah. 

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Langkah 1: Log masuk ke akaun pengguna

CLOSE

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Langkah 2: Pilih “Transaksi”.

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Langkah 3: Pilih “Jualan Balik”.

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Langkah 4: Baca syarat, kemudian tandakan ✔ dan klik “Seterusnya”.

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Langkah 5: Semak no akaun, masukkan jumlah yang ingin dipindahkan ke akaun personal dan klik “Seterusnya”.

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Langkah 6: Klik “Teruskan”.

Foto Kredit: Fairuz Nabilah

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment