Home Semasa Kepentingan i-Akaun bagi KWSP – Daftar i-Akaun anda sekarang!

Kepentingan i-Akaun bagi KWSP – Daftar i-Akaun anda sekarang!

by MyMedia-03

Tidak kira anda seorang ahli KWSP ataupun majikan, i-Akaun memang penting dan memberikan pelbagai kemudahan kepada kita. Kalau anda tidak mempunyai i-Akaun, ikutilah panduan di bawah dan daftar i-Akaun anda dengan secepat mungkin.

Apakah kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun?

Ahli boleh:

  • Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Menyemak sejarah pengeluaran
  • Menyemak status penamaan
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Majikan boleh menggunakan e-Caruman untuk:
– Penghantaran data Borang A dan bayaran
– Penghantaran data Borang A sahaja
– Penghantaran bayaran sahaja

  • Menggunakan Perkhidmatan e-CTML – Penghantaran Penyelesaian CTML
  • Menyemak nombor KWSP pekerja
  • Mendaftar ahli baru KWSP
  • Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Panduan Mendaftar i-Akaun

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  1. Pergi ke kiosk KWSP yang terdekat dan daftar untuk i-Akaun.
  2. Anda akan diberikan ID Pengguna dan kata laluan.
  3. Melayari laman sesawang KWSP (KLIK SINI) dan pilih ‘Log Masuk’.
  4. Isikan nombor Kad Pengenalan anda ataupun ID Pengguna sementara yang anda dapat daripada SMS sebagai ID Pengguna anda.
  5. Masukkan kata laluan sementara yang anda dapat daripada SMS dan klik ‘Log Masuk’.
  6. Pilih terima dan klik seterusnya.
  7. Tukar ID Pengguna dan kata laluan anda.
  8. Tukar imej rahsia anda.
  9. Tukar frasa rahsia anda.
  10. Itu saja untuk pendaftaran i-Akaun!

Selepas pendaftaran, anda boleh mengggunakan kemudahan yang disediakan.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment