Home Resipi Masakan Koleksi Resepi Kuih Muih Yang Sedap-sedap Belaka!

Koleksi Resepi Kuih Muih Yang Sedap-sedap Belaka!

by MyMedia-02

Pelbagai resepi kuih-muih yang sedap, mana satu yang anda suka?

KUIH SAGU

Bahan:

  • Sagu setengah cawan
  • Gula 5 sudu
  • Kelapa parut + garam( kukus kejap)

Cara:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)

2. pastu toskan, buh dalam satu bekas n tambahkan gula kacau2,

3. Sudukan dalam acuan n kukus selama 25-30 min..Then gaulkan dalam kelapa..

credit : Dayah Eida‎

Bingka Pandan Bako

Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 2 kotak santan size kecit + 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau/pandan paste
  • sedikit pewarna kuning
  • tips: hijau + kuning kaler hijau akan jd lawa merencik

Cara-cara

1. blender bahan hingga sebati.

2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

3. Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah. tunggu sejuk baru potong

credit : Ikan Bilis IkanMasin Terengganu‎

Kuih Lompang(dalam 70biji guna acuan kecil)

Bahan:

  • 500gm tepung beras
  • 300gm gula merah
  • 100gm gula putih
  • 4sd makan air kapur
  • 6cawan air
  • daun pandan
  • Kelapa parut, garam

Cara:

1. Masak gula dengan 2 cawan air serta daun pandan. bancuh tepung beras dengan 4cawan air.

2. masuk kan air kapur, masuk air gula yg di masak tadi, dan tapis. panas kan pengukus..

3. oles acuan dengan minyak.. tuang adunan dalam acuan. kukus selama 15minit.

4. Gaul kelapa dengan garam. kukus selama 10 minit. keluarkan kuih dari acuan apabila sejuk.. dan gaul dengan kelapa.

Kredit Resepi : nora zainudin

Apam Pisang Cute Gebus

Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 2 sk soda bicarbonat
  • 3/4 cwn gula (blh kurangkan)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cwn minyak masak
  • 4 biji pisang berangan
  • Sedikit esen vanilla

Cara:

1. ayak tepung gandum,baking powder,soda bicarb ketepikan

2. blend pisang,telur,minyak masak,gula,vanilla n pisang hingga sebati (hancur)

3. tuangkan dlm tepung..kaup balik hingga sebati

4. kukus hingga masak..kalo kecik2 comel ni dlm 10-15minit

credit : Nik Nik‎

Kuih Buah Melaka

Bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • *1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
  • 1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil2
  • 4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
  • Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
  • Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

Cara:

1. Dalam bekas berisi kedua tepung..gaul rata..tuang air pandan + sedikit pewarna hijau..uli2 jadikan doh yang lembut

2. Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana..tekan leper doh tadi..isikan gula melaka..bulatkan semula..buat sehingga habis doh

3. Sebelum tu panaskan air hingga mendidih..masukkan 2 helai daun pandan..simpulkan..masukkan doh tadi dalam periuk..timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil.. Lalukan sekejap bawah air paip..toskan

4. Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata..boleh makan

Kredit Resepi : zura zul via mahn

Puding Seriayu

Bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung..bancuh dulu dgn sedikit air
  • 1 tin susu cair @ 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air..jadikan 2 cawan santan
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau/ikut suka

Cara:

1. Masak air dgn serbuk agar2 hingga mendidih..masukkan gula..daun pandan..kacau2 rata

2. Masukkan susu cair/santan..kacau2..masukkan tepung kastard..kemudian secubit garam..kacau2 sebati hingga mendidih (sentiasa kacau)

3. Bahagikan adunan 2 bekas.. Satu utk putih..satu lagi warna hijau

4. Basahkan acuan seriayu..tuang yg warna putih separuh acuan/agak2..biarkan sedikit beku

5. Tuang adunan agar2 yg warna hijau hingga penuh acuan..sejukkan dlm peti sejuk

6. Dah keras/sejuk..boleh keluarkan puding dari acuan..sedap menikmati puding ni sejuk2

credit : Zura Zul‎

RESEPI LEPAT PISANG

Bahan:

  • 15 biji pisang emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula (boleh kurang/tambah)
  • Secubit garam
  • Daun pisang (layurkan sekejap atas api dan potong selebar tapak tangan)

Cara:

1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus)Masukkan gula dan garam dan gaul sebati.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata

3. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.

4. Kemudian lipat dan buat hingga habis

5. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.

6. Kukus hingga masak (kukus lebih kurang selama 12-15min sahaja)

credit : Siti Shamsina Abdul Hamid‎

Resepi Roti Nan Cheese

Bahan:

  • 1kilo tpg gandum cap rose
  • 1/2 cwn planta
  • 1/2cwn gula
  • 21/2 cwn air
  • 1sdb yis atau mauripan..
  • Cheese keping secukupnya..

Cara:

1. Mskkan gula kdlm air kacau biar sebati ketepikan

2. Dlm bks lain mskan tpg gandum ,planta , yis, gaul sampai sebati…

3. Pastu tuang air +gula tadi kdlm tpg sikit2

4. Dan uli tpg tadi sehingga ianya x melekat kat tangan tapi jgn keras bsncuhan ya..

5. Tutup dgn kain tuala basah selama1/2 jam

6. Bila doh dh nsik tumbuk2 buang angin..

7. Pastu bulat2kan besar mskkan cheese kdlm tpg dan canai leper…Biarksn 15 minit..

8. Panaskan kuali pan mskan doh tadi dan ttup tudung..guna api perlahan.bila dh nmpk msk sapukan planta biar roti tu nmpk berkilat….tadaaaa..dh siap bleh icah dgan kuah kari atau dgan apa saja yg u all suka…

credit : Rossalina Ahmad‎

Kuih Lapis

Bahan-bahan

  •  2 cawan tepung beras cap bunga
  • 1 cawan tepung gandung
  •  1 cawan gula
  • 5 cawan santan

Cara-cara:

1. Campur semua blander bahagi 2 adunan letak warna ros 1 adunan warna putih letak garam sikit bagi naik lemak.

2. Kukus selapis-lapis 1 lapisan dalam 10 minit sukat nak bagi sama guna senduk saiz yang sama.

Resepi: Roslinda Lin

KUIH DANGAI / KUIH RANGIN

Bahan:

  • 6 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara:

1. Gaulkan je semua.

2. Saiz tray 12×12.

3. Bakar 180°c, 40minit, api atas bawah.

credit : Ayu Idayu‎

Bingka Tepung Beras

Bahan:

  • 6 cawan tepung beras (saya pakai cap teraitai)
  • 2 cawan gula
  • 2 sdut garam halus
  • 9 cawan santan

Cara:

1. Kacau sampai larut tapis

2. Kacau atas api sampai naik wap

3. Panas kan oven dahulu sampai panas

4. 1sdut minyak masak buh dalm loyang

5. Tuang tepung td bakar sampai masak

credit : Long Yang‎

KUIH KOCI LABU

BAHAN

  • 250gm tepung pulut
  • 250gm labu (direbus + dilecek)
  • 1/2 cawan santan cair..jangan tuang kesemuanya..tuang sedikit2 untuk uli
  • Daun pisang secukupnya

CARA:

1. Gaul labu dengan tepung hingga sebati..masukkan santan cair sedikit2..gaul/uli sehingga doh tidak melekat di tangan

2. Doh tadi buat bulat2 kesemuanya (anggaran berat ikut suka) dan masukkan inti dalam doh (inti tu bulat2kan dulu)..bulat2kan semula

3. Didihkan air panas..setelah mendidih masukkan doh labu

4. Dah timbul..angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yang telah dimasak

5. Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api..siap..tak perlu kukus ye..nanti dadih santan akan mengeras sendiri

DADIH SANTAN

  • 2 kotak santan 200ml + dengan air jadikan 1 liter santan..nak guna santan kelapa/segar..pastikan santannya cukup 1 liter..tak de sukatan yang tepat ye..kalau nak kurang dari 1 liter pun boleh
  • 7 sudu tepung beras
  • 7 sudu tepung jagung
  • 3 helai daun pandan
  • Gula secukup rasa
  • Garam

CARA:

1. Tuang santan dalam bekas..masukkan tepung berasdan tepung jagung..whish bagi sebati..tapiskan dalam periuk..masukkan daun pandan untuk aroma yang wangi

2. Masak atas api sederhana..perasakan gula dan garam mengikut selera masing2

3. Masak sampai likat..sampai dadih tu meletup2 untuk tahan lama

INTI KELAPA

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

CARA:

1. Masak gula merah + air sehingga larut..tapiskan

2. Masukkan kelapa..kacau2..masak sehingga nak kering..masukkan tepung untuk jadikan inti lebih kental

Kredit : Wan Zura Aishah

RESEPI KUIH CARA MANIS LETING LEMAK BERKRIM

BAHAN-BAHAN

  • Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan 200ml
  • 2 biji telur
  • 3 cawan gandum
  • Sedikit garam
  • Gula

CARA-CARA

1. Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.

2. Masukkan telur 2 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi pastu tapiskan.

3. Panaskan acuan dangan api slow mlow ye. Pastu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.

4. Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. Pastu terus masuk gula dan tutup .

5. Bakar lebih kurang 3-5 minit. Tak perlu terbalikkan ye.

Bubur Sumsum ( Utk 3-4org )

Bahan:

  • 1cawan tepung beras
  • 2sudu tepung jagung
  • 4 1/2 cawan santan
  • 1sudu kecik garam
  • Daun pandan

Bahan:

Masukkan semua bahan dalam periuk… Kacau sebati… Hidupkan api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul2… Kacau sehingga tepung masak dan pekat… Padam api dan tuangkan dlm acuan atau bekas… Sejukkan dan simpan dlm peti sejuk…

Air Gula

  • 1ketul Gula melaka
  • 3Sudu Gula Merah ( xbuh pun xpa )
  • Sedikit Gula Putih(ikot kemanisan msg2)
  • Air
  • Daun Pandan

Cara:

1. Campur semua dan masak atas api… Siap! dan masukkan dlm peti sejuk…

2. Bila dah sejuk, keluarkan dua2… Potong Bubur Sumsum siram dgn Air gula… Ngap masuk mulut… Sedapnya sejuk!!!

credit : Nana O Mey‎

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment