Home Semasa 10 Tempat Ini Mudah Dicemari Kuman! Mesti Cuci Tangan Selepas Sentuh!

10 Tempat Ini Mudah Dicemari Kuman! Mesti Cuci Tangan Selepas Sentuh!

by MyMedia-02

Korona Virus mudah mendap di permukaan, dan merebak dengan cepat melalui sentuhan permukaan yang tercemar. Jadi orang ramai dinasihatkan supaya kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

Berikut merupakan 10 tempat yang mudah dicemari kuman, mesti cuci tangan selepas menyentuh permukaan tempat tersebut.

▼ Nozzle Mengisi Minyak 

▼ Peralatan Gym

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

▼ Kerusi di Tempat Awam

▼ Pemegang Escalator 

▼ Butang Lif

▼ Pemegang / Tempat Duduk Pengangkutan Awam

▼ Tandas Awam

▼ Pemegang Pintu Tempat Awam

▼ Butang Mesin ATM

▼ Auto Pay Machine di Tempat Letak Kereta

7 Langkah Pencucian Tangan Yang Efektif

Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19.

Ikuti dan ajarkan anak-anak kita tentang langkah-langkah membasuh tangan dengan betul.

1# Lekapkan kedua telapak tangan dan gosok.

2# Lekap telapak tangan kanan di atas darsum tangan kiri dengan jari bersilang dan gosok. Ulangi langkah ini di tangan kiri.

3# Lekapkan kedua telapak tangan dengan jari bersilang dan gosok.

4# Genggam jari tangan kiri, guna tapak tangan kanan, gosok bahagian darsum, buku jari dan tangan kiri. Ulang langkah di tangan kanan.

5# Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanan dan sebaliknya.

6# Kuncupkan jari tangan kanan di atas telapak tangan kiri dan gosok secara putaran ke hadapan dan ke belakang. Ulangi langkah ini di tangan kanan.

7# Gosok secara putaran di pergelangan tangan kiri. Ulangi langkah ini di tangan kanan.

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1# Amalkan kebersihan diri. Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

2# Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin. Basuh tangan dengan serta merta.

3# Elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai. Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang bergejala.

4# Sekiranya demam atau batuk atau sakit tekak atau sukar bernafas, elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai dan berehat di rumah.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment