Home Semasa Lanjutan Tarikh Akhir Pemfailan Borang Nyata Selama DUA (2) Bulan!

Lanjutan Tarikh Akhir Pemfailan Borang Nyata Selama DUA (2) Bulan!

by MyMedia-02

Selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua premis LHDNM di seluruh negara akan ditutup untuk tempoh yang sama.

Selain itu, pemfailan BNCP yang tarikh akhirnya jatuh antara Mac 2020 hingga Jun 2020 diberikan lanjutan masa 2 bulan.

Tarikh akhir asal untuk Borang E adalah 31 Mac, telah dilanjutkan kepada 31 Mei; manakala tarikh akhir Borang BE yang asalnya pada 30 April telah dilanjutkan kepada 30 Jun.

Borang B dan P pula dilanjutkan dari 30 Jun kepada 31 Ogos.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Surat siaran LHDNM:

Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2020

1. Borang E – Majikan – Sebelum 31 Mei 2020

2. Borang BE – Individu Pemautautin Yang Tidak Menjalankan Perniagaan – Sebelum 30 Jun 2020

3. Borang B – Individu Pemastautin Yang Menjalankan Perniagaan – Sebelum 31 Ogos 2020

4. Borang P – Perkongsian – Sebelum 31 Ogos 2020

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment