Home Tech Lelaki ini Turun 9kg dalam 30 hari dengan main Game Nintendo Switch Ni!

Lelaki ini Turun 9kg dalam 30 hari dengan main Game Nintendo Switch Ni!

by MyMedia-02

Berita baik buat kawan-kawan yang ingin menurunkan berat badan! Rupa-rupanya main game juga boleh membantu dalam menurunkan badan secara berkesan!

Tidak percaya? Ia terbukti apabila seorang pemain dari Filipina yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 9 kg dalam masa 30 hari sahaja dengan cara bermain permainan Ring Fit Adventure!

Photo credit: Migui Minaj

Pemuda yang bernama Migui Minaj, dari Filipina telah berkongsi pengalamannya di Facebook pada bulan Januari yang lepas, di mana beliau telah berjaya menurunkan berat badannya melalui permainan Nintendo Switch, iaitu Ring Fit Adventure.

Pemuda ini telah berjaya menurunkan berat badan dari 78kg ke 69kg, iaitu sebanyak 9kg dalam masa 30 hari sahaja dengan hanya main permainan tersebut.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Photo credit: Migui Minaj

Menurut Migui Minaj, beliau memang mengalami berat badan berlebihan selama ini, walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan, seperti menunggang basikal ke tempat bekerja dan sebagainya, tetapi tidak juga berhasil. Sehinggalah beliau bermula untuk bermain Ring Fit Adventure, barulah merasai penurunan berat badan yang ketara.

Photo credit: Migui Minaj

Walau bagaimanapun, menurut Migui Minaj, dalam usaha menurunkan berat badan, beliau tidak hanya bermain game sahaja, namun turut mengamalkan tabiat pemakanan dengan cara mengambil satu cawan nasi sehari dan tidak makan selepas pukul 7 malam setiap hari. Pada masa yang sama, beliau juga mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan.

▼Perkongsian Migui Minaj di Facebook

Photo credit: Migui Minaj

Nintendo Switch Ring Fit Adventure

Ring Fit Adventure oleh Nintendo merupakan sejenis permainan Wii Fit yang berfokus kepada bentuk permainan bersukan dan gaya hidup yang sihat.

Photo credit: Nintendo

Apa yang istimewa dalam permainan Ring Fit Adventure ini ialah aksesori yang disertai bersama, iaitu Ring-Con dan Leg Strap. Ring-Con digunakan untuk mengawal pergerakan tangan dan badan, ia boleh ditekan dan ditarik, di mana satu Joy-con akan diletakkan sebagai penjejak.  Manakala Leg Strap pula dipakai di bahagian paha untuk mengesan pergerakan kaki.

Photo credit: www.theverge.com

Yang menariknya, Ring Fit Adventure memerlukan pemain menggunakan Ring-Con dan Leg Strap  untuk melakukan pelbagai aksi dalam usaha menumpas penjahat (monster) dan menyelesaikan misi permainan. Permainan ini mengandungi pelbagai permainan kecil berbentuk sukan dan senaman.

Photo Credit: www.youtube.com

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment