Home Semasa Aplikasi MySejahtera Membantu Anda Mengesan Sama Ada Lokasi Anda Adalah Hotspot COVID-19

Aplikasi MySejahtera Membantu Anda Mengesan Sama Ada Lokasi Anda Adalah Hotspot COVID-19

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Tahukah anda? Aplikasi MySejahtera juga membantu anda untuk mengesan kawasan Hotspot COVID-19.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

CLOSE

1# Muat turun aplikasi MySejahtera.

2# Klik “Register Here” untuk pendaftaran.

3# Masukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mel.

4# Tekan “Hantar”. Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada MySMS 63839.

5# Masukkan OTP dan tekan “Hantar”.

6# Masukkan butiran pendaftaran dan tekan “Hantar”.

7# Log masuk ke aplikasi MySejahtera menggunakan nombor telefon bimbit dan kata laluan.

Pelbagai kemudahan yang boleh didapati dalam aplikasi MySejahtera

✅ Klik pada menu utama

✅ Klik “Hotspot Tracker”

✅ Sekiranya label merah dipaparkan, ini bermakna terdapat kes COVID-19 yang dilaporkan berdekatan lokasi anda dalam masa 14 hari yang lepas.

✅ Sekiranya label hijau terpapar, ini bermakna tiada kes COVID-19 yang dilaporkan berdekatan lokasi anda dalam masa 14 hari yang lepas.

✅ Anda juga boleh mengesan lokasi fasiliti untuk saringan COVID-19 yang terdekat melalui aplikasi ini

✅ Anda juga boleh mengesan statistik terkini mengenai COVID-19.

Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment