Home Semasa Pelepasan cukai terbaru yang mesti anda tahu! Klik untuk langkah-langkah mendaftar e-Filing.

Pelepasan cukai terbaru yang mesti anda tahu! Klik untuk langkah-langkah mendaftar e-Filing.

by MyMedia-03

Ramai orang yang masih keliru dengan pasal e-Filing. Sebagai pemastautin yang berpendapatan di Malaysia, kita perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sebelum anda mengisi e-Filing, pastikan anda tahu kadar cukai pendapatan, pelepasan cukai yang anda layak dan langkah-langkah mendaftar e-Filing.

Kadar Cukai Pendapatan

Pelepasan Cukai

Apa itu pelepasan cukai? Pelepasan cukai membolehkan pembayar cukai memotong sejumlah wang yang dibelanjakan dalam tahun taksiran, dari jumlah pendapatan tahunan. Dengan kata lain, pelepasan cukai dapat membantu mengurangkan pendapatan bercukai kita. Dengan itu, cukai yang kita perlu bayar pun akan dikurangkan.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

1. Individu dan saudara tanggungan – RM 9,000

2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – RM 5,000 (Terhad)

ATAU

Ibu dan Bapa – RM 3,000 (Terhad)
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) – RM 6,000 (Terhad)

4. Individu kurang upaya – RM 6,000

5. Yuran pengajian (Sendiri): – RM 7,000 (Terhad)

  • Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  • Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) – RM 6,000 (Terhad)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad RM 500 daripada RM 6,000 di atas.)

8. Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: – RM 2,500 (Terhad)

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

9. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)  – RM 1,000 (Terhad)

10. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar – RM 1,000 (Terhad)

11. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019) – RM 8,000 (Terhad)

12. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri – RM 4,000 (Terhad)

13. Suami / Isteri kurang upaya – RM 3,500

14. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun – RM 2,000

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) – RM 2,000

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: – RM 8,000

  • mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  • berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang upaya – RM 6,000

  • Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. – RM 8,000

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji – RM 7,000 (Terhad)

  • Kategori penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa
  • Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
    • Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. – RM 3,000 (Terhad)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji – RM 3,000 (Terhad)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – RM 250 (Terhad)

Langkah-langkah Mendaftar e-Filing

1. Log masuk ke laman sesawang di bawah dan isi butiran peribadi anda. Pastikan butiran anda betul.

http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php

2. Scan atau ambil gambar Kad Pengenalan anda (depan dan belakang) dan muat naiknya.

3. Anda akan diberi nombor No. Permohonan. Salin nombor itu.

4. Selepas tiga hari, gunakan No. Permohonan anda untuk log masuk ke laman sesawang di bawah untuk mendapatkan No. Pin dan No Rujukan.

http://edaftar.hasil.gov.my/info.php/

5. Setelah mendapat No Pin dan No, Rujukan, log masuk ke laman sesawang rasmi di bawah dan pilih Login Kali Pertama.

https://ez.hasil.gov.my/CI/

6. Pilih Borang yang berkaitan untuk mengisi e-Filing.

  • e-BE untuk individu tanpa sumber perniagaan (jika anda seorang pekerja).
  • e-B untuk individu yang mempunyai sumber perniagaan.

7. Isikan e-Borang anda.

* Anda boleh mula mengisi e-Filing mulai 1 Mac.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment