Home Semasa Pengemaskinian Maklumat Akaun Bank Bagi Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pengemaskinian Maklumat Akaun Bank Bagi Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Bagi memastikan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dapat disalurkan dengan mudah dan selamat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa penerima BPN yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta telah diluluskan bantuan tersebut tetapi masih belum menerima BPN, boleh mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci. Pengemaskinian maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.

LHDNM ingin menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.

Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDNM pula, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

CLOSE

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment