Home Semasa Borang Cukai BE Form Perlu Dihantar Sebelum 30 Jun! Mungkin Dikenakan Denda Jika Lewat!

Borang Cukai BE Form Perlu Dihantar Sebelum 30 Jun! Mungkin Dikenakan Denda Jika Lewat!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM.

Disebabkan COVID-19, cawangan LHDN telah tutup perkhidmatannya sementara dalam tempoh PKP. Maka, tempoh tamat untuk penghantaran borang cukai telah dilanjutkan selama 2 bulan.

Penghantaran borang E telah dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 31 Mei, manakala borang BE telah dilanjutkan daripada 30 April kepada 30 Jun.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Borang B dan P pula dilanjutkan daripada 30 Jun kepada 31 Ogos.

CLOSE

Tarikh Tamat Pengemukaan Borang Nyata Tahun 2020

1. Form E/eE – Majikan (Penyata bagi Tahun Saraan 2019) – Sebelum 31 Mei

2. Form BE/eBE – Individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan – Sebelum 30 Jun

3. Form B/eB – Individu pemastautin yang menjalankan perniagaan – Sebelum 31 Ogos

4. Form P – Perkongsian –  Sebelum 31 Ogos

Cara Pengiraan Cukai Individu

Cukai Pendapatan = Jumlah Pendapatan – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai yang dibenarkan

Cukai yang perlu dibayar = Cukai Pendapatan x Kadar Cukai

PS: Jumlah pendapatan tahunan yang kurang daripada RM35000 boleh mendapat RM400 bayaran balik.

▼Contoh 1:

✅Cukai Pendapatan =RM28000

Cukai yang perlu dibayar:

=RM5000 pertama(0%)+ RM15,000(1%)+ RM8000(3%)
=RM150 + RM240
=RM390

▼Contoh 2:

✅Cukai Pendapatan =RM38000

Cukai yang perlu dibayar:

=RM5000 pertama(0%)+ RM15,000(1%)+ RM15,000(3%)+ RM3000(8%)
=RM150 + RM450 + RM240
=RM840

Kadar Cukai

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment