Home Semasa Cara Pengiraan Caj Faedah Tambahan Yang Akan Dikenakan Ke Atas Penangguhan Bayaran Ansuran Bulanan

Cara Pengiraan Caj Faedah Tambahan Yang Akan Dikenakan Ke Atas Penangguhan Bayaran Ansuran Bulanan

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Menurut Bank Negara Malaysia, mulai 1 Mei, pelanggan untuk Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap akan menerima SMS, Email atau Registered Mail daripada pihak bank berkenaan dengan langkah tambahan yang perlu diambil termasuklah melengkapkan dokumen yang memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan.

Pihak Bank Negara Malaysia menjelaskan bahawa langkah tambahan ini bertujuan untuk menangani isu-isu prosedur yang mempunyai kesan undang-undang kepada moratorium yang dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.

Peminjam yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Pilihan 1# Peminjam boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan sekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.

CLOSE

Pilihan 2# Peminjam boleh memilih untuk meneruskan pembayaran balik ansuran selepas Oktober 2020 dengan melanjutkan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal. Faedah akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh berdasarkan kadar kontrak.

Setakat ini, Public Bank telah mengumumkan langkah mengambil moratorium , manakala pihak bank yang lain belum mengumumkan sebarang maklumat berhubung perkara ini.

💻 Berikut merupakan cara pengiraan untuk Public Bank (Setiap bank mempunyai cara pengiraan yang berlainan)

Contoh:

✅Bayaran Ansuran Bulanan Kenderaan(Monthly Instalment Amount):RM1118

✅Jumlah Penangguhan Bayaran Ansuran Bulanan Untuk 6 Bulan:RM6708(RM1118 x 6)

✅Kadar Faedah Tahunan(Anual Percentage Rate):4.65%(Kadar faedah tahunan adalah berlainan untuk setiap orang | Public Bank)

✅Caj Faedah Tambahan:RM1581.12

✅Bayaran Ansuran Bulanan Terakhir:RM2675.12(Bayaran ansuran terakhir + Caj faedah tambahan)

✅Baki Tempoh Pinjaman:61 Bulan(5.083333+ Tahun)

Pengiraan Caj Faedah Tambahan 

✅ Caj faedah tambahan yang perlu dibayar = Jumlah Tertunggak (Bayaran Ansuran Bulanan x 6 Bulan) x Kadar Faedah Tahunan (%) x Baki Tempoh Pinjaman (Tahun)

RM6708 x 4.65% x 5.083333 Tahun

= RM1585.60 (Caj Faedah Tambahan)

Caj faedah tambahan ini akan dibayar bersama dengan bayaran ansuran bulanan yang terakhir.

Anda boleh melayari laman rasmi Public Bank dan masukkan maklumat yang diperlukan untuk pengiraan caj faedah tambahan.

Consent Form: [Klik Sini]

PUBLIC BANK FAQS

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment