Home Semasa 【Kadar Cukai Pendapatan】Berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar? kira sebelum mengisi e-Filing!

【Kadar Cukai Pendapatan】Berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar? kira sebelum mengisi e-Filing!

by MyMedia-03

Tahukah anda? Sekiranya anda menetap di Malaysia melebihi 182 hari dan berpendapatan, anda diwajibkan untuk melaporkan pendapatan anda. Bagi mereka yang keliru tentang pengiraan cukai pendapatan, jangan risau. Anda boleh mengira berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar dengan menggunakan cara di bawah.

Pengiraan Cukai Pendapatan

Secara ringkas, pengiraannya adalah seperti berikut:

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar = (Jumlah Pendapatan – Potongan Pelepasan Cukai) x Kadar Cukai Pendapatan

* Bagi mereka yang mempunyai jumlah pendapatan yang kurang daripada RM 35000 akan mendapat rebat sebanyak RM 400.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Contoh 1:

Jumlah Pendapatan selepas Potongan Pelepasan Cukai = RM 28000

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar

= RM 5000 pertama (Kadar Cukai 0%) + RM 15000 (Kadar Cukai 1%) + RM 8000 (Kadar Cukai 3%)

= RM 150 + RM 240

= RM 390

Oleh sebab jumlah pendapatannya kurang daripada RM 35000, dia akan mendapat rebat RM 400.

Cukai Pendapatan yang Perlu dibayar

= RM 390 – RM 400

= -RM 10

Contoh 2:

Jumlah Pendapatan selepas Potongan Pelepasan Cukai = RM 38000

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar

= RM 5000 pertama (Kadar Cukai 0%) + RM 15000 (Kadar Cukai 1%) + RM 15000 (Kadar Cukai 3%) + RM 3000 (Kadar Cukai 8%)

= RM 150 + RM 450 + RM 240

= RM 840

Kadar Cukai

Pelepasan Cukai

1. Individu dan saudara tanggungan – RM 9,000

2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – RM 5,000 (Terhad)

ATAU

Ibu dan Bapa – RM 3,000 (Terhad)
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) – RM 6,000 (Terhad)

4. Individu kurang upaya – RM 6,000

5. Yuran pengajian (Sendiri): – RM 7,000 (Terhad)

  • Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  • Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) – RM 6,000 (Terhad)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad RM 500 daripada RM 6,000 di atas.)

8. Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: – RM 2,500 (Terhad)

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

9. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)  – RM 1,000 (Terhad)

10. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar – RM 1,000 (Terhad)

11. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019) – RM 8,000 (Terhad)

12. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri – RM 4,000 (Terhad)

13. Suami / Isteri kurang upaya – RM 3,500

14. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun – RM 2,000

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) – RM 2,000

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: – RM 8,000

  • mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  • berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang upaya – RM 6,000

  • Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. – RM 8,000

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji – RM 7,000 (Terhad)

  • Kategori penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa
  • Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
    • Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. – RM 3,000 (Terhad)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji – RM 3,000 (Terhad)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – RM 250 (Terhad)

* Selain itu, mulai tahun 2019, sumbangan kewangan kepada sekolah atau kolej di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia layak mendapat potongan pelepasan cukai.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment