Home Semasa Awas Penipuan: Individu Menyamar Sebagai Wakil Pos Laju

Awas Penipuan: Individu Menyamar Sebagai Wakil Pos Laju

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Awas! Pos Malaysia telah mengesan satu penipuan yang melibatkan individu-individu yang menyamar sebagai wakil daripada Pos Malaysia atau Pos Laju.

Para pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya menerusi telefon, SMS, emel atau media sosial kepada mana-mana pihak yang memperkenalkan diri sebagai wakil daripada Pos Malaysia atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

Ini bertentangan dengan polisi syarikat dan dipercayai dilakukan untuk memperdaya dan mendapatkan maklumat peribadi.

Bagi mengesan bungkusan atau penghantaran daripada Pos Malaysia, gunakan perkhidmatan jejak dan kesan melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh berhubung dengan Pos Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my.

CLOSE

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment