Home Semasa Ziarah-menziarahi Sempena Perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan & Hari Gawai Dibenarkan, Dengan Had Maksimum 20 Orang Pada Satu Masa!

Ziarah-menziarahi Sempena Perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan & Hari Gawai Dibenarkan, Dengan Had Maksimum 20 Orang Pada Satu Masa!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Sebahagian daripada teks ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas hari ini.

“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini. Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.
Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana.

Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun OK lah.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Tetapi ini tak bermakna kita tak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai. Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.”

CLOSE

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment