Home Semasa POS Malaysia Dibuka Semula dan Semua Urusan JPJ melalui Kaunter Disambung Semula

POS Malaysia Dibuka Semula dan Semua Urusan JPJ melalui Kaunter Disambung Semula

by MyMedia-03

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan, POS Malaysia mengumumkan semua operasinya dibuka semula mulai 4 Mei 2020.

Menurut pengumuman tersebut, semua pejabat pos dan cawangan Pos Laju di lokasi-lokasi yang beroperasi dan boleh diakses seperti bangunan komersial dan pusat beli-belah dibuka semula mulai 4 Mei 2020.

Selain itu, semua urusan JPJ melalui kaunter disambung semula di semua pejabat pos. Hal ini bermaksud anda boleh mempebaharui lesen memandu dan road tax di pejabat pos.

Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan orang ramai, langkah-langkah pencegahan yang digariskan semasa PKP akan terus dijalankan seperti pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial dan pemakaian penutup mulut dan hidung pada setiap masa di semua pejabat pos dan cawangan Pos Laju.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

CLOSE

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment