Home Resipi Masakan Resepi Air Asam Yang Sedap Sangat! Mesti Buat Stok Lebih!

Resepi Air Asam Yang Sedap Sangat! Mesti Buat Stok Lebih!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan resepi air asam yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Jom cuba hari ini!

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
    ( bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan )
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau
    * kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye
  • 2 biji asam limau kasturi ( buang biji- kisar bersama kulitnya )
  • 1/2 gelas air asam jawa ( 2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas )

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Cara:

CLOSE

1.  Masukkan semua bahan dalam pengisar. Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye)

* kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.

2. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian, tambahkan bahan hiris lain :

  • 2 tangkai cili padi merah
  • 1 tangkai cili padi hijau
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar Holland
  • 1/2 biji bawang besar merah Bombay
  • 2 biji asam limau kasturi

3. Masukkan semua bahan hiris dalam mangkuk. Kacau rata.

Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Afy AL Habibi

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment