Home Resipi Masakan Resepi Cheese Cake Chocolate Indulgence! Peminat Cheese Mesti Try!

Resepi Cheese Cake Chocolate Indulgence! Peminat Cheese Mesti Try!

by MyMedia-02

Nak makan Cheese Cake Chocolate Indulgence? Tak perlu pergi ke Secret Recipe, jom buat di rumah!

Bahan-bahan:

  • 100g Oreo crust @ satu packet Oreo buangkan krim dulu. Nak hancur dengan krim sekali pun boleh tapi manis sikit.
  • 40g butter yang dicairkan.
  • 250g dark chocolate masakan (bahagikan kepada 2 untuk ganache dan untuk cheesecake chocolate so 125g each).
  • 500g cream cheese (bahagikan kepada 2 untuk cheesecake chocolate & cream cheese indulgence so 250g each).
  • 375g whipping cream (bahagikan kepada 3 untuk ganache, cheesecake chocolate & cream cheese so 125g each).
  • 1 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 66 g gula kastor (bahagikan kepada 2 iaitu untuk cream cheese & chocolate cheesecake so 33g each).
  • Disclaimer: Resepi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.

Credit: Mohammad Ali

Cara Buat:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Layer pertama: Oreo crust

1. Hancurkan 100g Oreo halus-halus kemudian campurkan dengan 4g butter yang dicairkan. Gaul-gaul kemudian masukkan ke dalam loyang. Ratakan.

2. Ratakan dan letakkan ia ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

3. Sekiranya ingin tebalkan lapisan Oreo tambah lagi Oreo dan butter.

Layer kedua: Lapisan cheese cake chocolate

1. Cairkan 125g dark chocolate. Cairkan menggunakan kaedah double boil. Sesudah cair, biarkan ia sejuk.

2. Pukul 250g cream cheese selama seminit dua. Masukkan gula kastor 33g. Kemudian satu sudu susu pekat manis, 1 sudu kecil vanila essence. Pukul sehingga sebati.

3. Lepas itu masukkan dark chocolate yang dicairkan tadi ke dalam adunan cream cheese tersebut. Gaul menggunakan spatula pun boleh. Gaul sehingga sebati.

4. Kemudian pukul pula 125g whipping cream sampai kental.

5. Masukkan whipping cream yang sudah dipukul tadi dengan adunan cream cheese + coklat tadi.

6. Gaul sehingga sebati.

7. Sesudah selesai lapisan kedua, tuangkan ia keatas lapisan Oreo crust tadi.

8. Sejukkan dalam masa 30 minit lagi.

Layer ketiga: Cream cheese indulgence

1. Masukkan 250g cream cheese.

2. Masukkan gula kastor 33g.

3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (optional, tidak mahu masukkan pun tidak mengapa).

4. Pukul dalam 3 minit kemudian masukkan 125g whipping cream.

5. Gaul sehingga sebati.

6. Tuangkan keatas lapisan cheese cake chocolate tadi.

7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.

credit: Muhammad Ali

Layer keempat (layer terakhir): Chocolate ganache

1. Guna teknik double boil.

2. Masukkan 125g whipping cream.

3. Masukkan 125g dark chocolate.

4. Masukkan 1 sudu mentega/butter.

5. Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan.

6. Sudah kelihatan agak pekat dan texture nampak creamy serta berkilat boleh tutup api.

7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang keatas lapisan indulgence tadi.

8. Sejukkan semalaman.

Sumber: Mohammad Ali

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment