Home Resipi Masakan Resepi Donat Paling Gebu & Mudah Guna 4 Bahan Je!

Resepi Donat Paling Gebu & Mudah Guna 4 Bahan Je!

by MyMedia-02

Bahan-bahan:

  • Yis sebungkus
  • Air suam secawan
  • Susu pekat 3 sudu
  • Tepung gandum 5 cawan
  • Marjerin 3 sudu
  • Air biasa 3/4 cawan

Cara-Cara:

1. Sediakan sebungkus yis dan secawan air suam.

2. Masukkan air ke dalam yis untuk larutkannya.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

3. Masukkan susu pekat 3 sudu dan sedikit garam, kacaukan. Kemudian biarkan selama 20-30 minit.

4. Hasil selepas 30 minit. 

5. Dalam bekas lain, masukkan 5 cawan tepung gandum.

6. Kemudian, masukkan 3 sudu marjerin dan gaulkan sehingga sebati.

7. Tuangkan yis yang berbuih tadi, gaulkan sebati.

8. Masukkan 3/4 cawan air biasa ke dalam tepung yang sudah digaul tadi.

9. Uli sehingga sebati.

10. Hasil selepas diuli seperti ini.

11. Tutupkan adunan dan tunggu selama 30 minit untuk adunan naik sekali ganda.

12. Sediakan acuan donut (besar 20++ biji, kecil 40++ biji).

13. Selepas 30 minit, letak sedikit tepung di tangan dan ulikan adunan. 

14. Kemudian, bolehlah mula terap donut.

15. Panaskan minyak, kemudian guna api slow untuk gorengkan donut. 

16. Golekkan donut dalam gula yang sudah dihancurkan. SIAP!!!

Credit : Ila Najwa

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment