Home Resipi Masakan 10 Resepi Masakan Mee Yang Sedap! Boleh Try Hari Ini!

10 Resepi Masakan Mee Yang Sedap! Boleh Try Hari Ini!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Pelbagai resepi masakan mee, mana satu yang anda minat?

Mi Goreng

Bahan:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 1bungkus Mee kuning
  • 1mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
  • 2biji telur
  • Cili sos cap mudim
  • Sos caramel
  • Kicap manis enaq
  • Sos tiram
  • Bawang putih dan merah
  • Cili padi diketuk
  • Sedikit garam
  • Tauhu goreng
  • Ayam,udang, @ apa jenis seafood
  • Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara:

CLOSE

1. Mee kuning celur dulu dgn air panas.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yg ditumbuk ..masak sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili kisar.

3. Tumis sampai pecah minyak..baru masukkan ayam,udang, lepas tu tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel ..kacau2 jap ..tambah air sikit, masukkan sedikit garam …masukkan mee kuning, masukkan semua jenis sayur yg ada,pecah kan telur 2 biji ..gaul semuanya sampai masak, nk tambah kicap pun boleh ..x suka ltk kicap pun boleh je…

Kredit: tengku roselyza

Mi Goreng Mamak

Bahan:

  • Mee kuning 450g(5 org makan)
  • Lada kering+Bwg Merah+Bwg putih (blend)
  • Sayur Sawi@Taugeh
  • Fish cake@Fish ball
  • Sotong@Udang
  • Telur 2biji
  • Kicap
  • Seafood sos adabi
  • Sos Cili
  • Perencah Maggi Kari
  • Garam

Cara:

1. Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing

2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.

3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball

4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam

5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

Kredit: siti norain

Maggi Goreng Mamak

Bahan-bahan:

  • 360 gm Maggi
    (rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.
  • *1 biji bawang besar
  • *6 ulas bawang putih
  • *segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)
  • 10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)
  • tauhu
  • sedikit taugeh dan sawi
  • udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis
  • kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya
  • daun sup dan daun bawang

Untuk hiasan:

  • bawang goreng
  • cili merah
  • daun sup dan daun bawang
  • telur mata
  • tomato
  • timun
  • limau kasturi/nipis

Cara:

1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau

2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.

3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin…

4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang

5. Kacau rata

6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging

7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..

8. Masukkan tauhu

9. Masukkan Maggi

10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..

11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.

12. Kalau colour tak cukup cantik… masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2… rasa garam…
nak sedap masukkan sket ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. xyah letak k.

Sizzling Mee 

Bahan-bahan:

  • 2 gulung yee mee
  • Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
  • 3 inci halia (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 batang Sawi(dipotong dan dicelur)
  • 4 sb Kicap pekat – aku main tuang je..x kire bape sudu
  • 4 sb Sos tiram – ni pun same
  • 3 cawan air – klu nk kuah byk letak la lebih
  • 2 bj Telur
  • 1 sb tepung jagung
  • Serbuk Lada Hitam
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.

5. Panaskan hot plate,masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

Hokkien Noodles

Bahan-bahan:

  • 1-2 peket mi kering- direbus dan ditoskan terlebih dahulu
  • 1/2 cawan hirisan daging ayam
  • 6-7 ekor udang- dibuang kulit
  • 2 cawan daun sawi- di potong
  • 1-2 sudu besar cili boh
  • 2 ulas bawang putih- dicincang
  • 1 ulas bawang merah- dihiris nipis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah
  • 1/2 cawan air
  • Minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan masak sehingga garing. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos ikan dan gula. Masak seketika lebih kurang 1-2 minit. Masukkan air.

2. Kemudian masukkan daging ayam dan udang. Biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit. Selepas itu, masukkan mi dan sayur sawi,gaul sebati. Perasakan secukupnya dengan lada hitam dan lada sulah.

*anda boleh masukkan sayuran dan daging/makanan laut pilihan anda

Kredit: lya uzir creative living

Mee Goreng Lada Hitam 

Bahan-bahannya:

  • 500 gm mee kuning – basuh dan toskan
  • 500 gm udang saiz sederhana kecil – kupas kulit
  • 450 gm daging – potong kecil, rebus empuk
  • 1 ikat sawi – kerat ikut suka
  • 1 biji tomato – belah dua dan hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih – parut/cincang halus
  • 1/2 inci halia muda – parut/cincang halus
  • 2 sb sos tiram
  • kicap pekat – banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
  • 1-2 sb lada hitam – kisar kasar
  • 1 sk serbuk knorr
  • secubit garam

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan daging. Kacau, kemudian masukkan udang pula.

2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam secukup rasa.

3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara merata.

4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk.

Mee Hailam

Bahan:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 300gm daging ayam
  • 3 ekor sotong saiz besar
  • 1 peket fish ball
  • 1 peket mee
  • 3-4 cawan air
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 2 biji telur
  • Sedikit sayur sawi
  • Sedikit bunga kobis
  • 1 batang carrot
  • 2 biji tomato masak ranum
  • Sedikit tepung jagung n air – dibancuh
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

Cara:

1. Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

3. Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

4. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

5. Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Mi Goreng Basah Berkuah

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar – kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato – belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur – akak guna putih telur aje … lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis – agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada
  • Minyak untuk menumis

Cara :

1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.

2. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.

3. Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.

4. Masukkan sawi, mee dan gaul rata.

5. Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.

6. Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Mee Kari

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee
  • 3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
  • 2 pelepah daun kari
  • Udang sederhana besar
  • 1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
  • 1 mangkuk santan

Bahan tumbuk:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan hiris:

  • Isi ayam
  • Daging
  • Fish ball

Bahan hiasan:

  • Tauhu – goreng dan hiris.
  • 3 pokok sawi
  • Cili merah
  • Daun sup/daun bwg
  • Tauhu khas utk mee kari – optional.
  • Taugeh

Cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.

2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).

3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.

4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.

5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.

6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.

7. Hidangkan.

** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.

Mi Sanggul Goreng Basah

Bahan:

  • 3 bungkus mee sanggul ( rendam dalam air biasa sampai lembut )
  • Udang
  • 5 biji Telur
  • 4 senduk Cili kisar
  • 2 senduk Sos cili
  • 1 senduk Sos tomato
  • 1 senduk Sos tiram
  • Setengah senduk Kicap pekat
  • 1 ikat Sayur sawi ( potong )
  • Garam

Bahan2 kisar:

  • 4 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih

Cara masak:

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan2 kisar sehingga masak dan pecah minyak..

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap.. boleh tambah air kalau pekat sangat.. masukkan garam.. masak sehingga mendidih..

3. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur.. telur dah masak, masukkan udang.. bila udang dah masak masukkan mee sanggul.. gaul bagi rata..

4. Last sekali masukkan sayur sawi.. siap.. makan perah dengan limau lagi best..

Kredit: akma abdullah

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment