Home Resipi Masakan 12 Jenis Puding Yang Sesuai Untuk Hari Raya Ini!

12 Jenis Puding Yang Sesuai Untuk Hari Raya Ini!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan 12 jenis puding yang sesuai dihidang semasa Hari Raya ini.

PUDING SAGU GULA MELAKA

Kredit Foto: Resepi.my

Bahan:

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

  • 2 cawan sagu, direndam setengah jam
  • 4 cawan air, tambah air bila perlu
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna pilihan

Cara: 

CLOSE

1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau sehingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.

2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi dibahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.

Kuah:

  • 2 tin susu cair
  • daun pandan

Nota: Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar.

Air Gula Melaka:

  • 1 ketul gula melaka dipotong kecil
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara: Masak sampai agak pekat. Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.

AGAR-AGAR SIRAP LAICI

Kredit Foto: MyDapur Panas

Bahan:

  • 20gm agar-agar tali (cuci dan toskan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 2 cawan air tin laici, tak cukup boleh tambah air
  • 2-3 sudu besar biji selasih, rendam dulu dengan air panas
  • secubit garam
  • sirap rose

Cara:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.

2. Masukkan air laici dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.

3. Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.

4. Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.

5. Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dan biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.

6. Selepas 4-5 jam boleh keluarkan.

PUDING KACA

Bahan A

  • 20gm agar agar tali (potong 2..guna separuh)
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Secubit garam

Cara:

1. Masak agar2 bersama air hingga larut agar2..masukkan gula..kacau2 rata

2. Masukkan susu cair..secubit garam dan kacau2 sebati..biar sebentar mendidih..tutup api

3. Bahagikan 3-4 bekas adunan agar2..warnakan ikut suka..biarkan beku/keras..masuk peti sejuk

Bahan B

  • Separuh agar2 tadi
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1-2 helai daun pandan..simpulkan
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam

Cara:

1. Masak agar2 bersama air hingga larut agar2..kemudian masukkan gula dan gula batu..kacau2

2. Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata..tutup api

3. Agar2 dalam peti sejuk tadi..keluarkan..potong dadu kecil2..susun/tabur dalam loyang kesemuanya

4. Tuang agar2 yang dimasak tadi kat atasnya perlahan2..biarkan beku..simpan dalam peti sejuk 2-3 jam

5. Keluarkan puding tu dari loyang..boleh potong ikut suka..sedia untuk dihidang

Credit: Zura Zul via mahn

PUDING DRAGON FRUIT

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar agar(saya sukat,air letak dlm paket agar agar)
  • 1 tin susu sejat
  • gula(ikut kemanisan)
  • 3 biji buah dragon fruit(sedang2 besar)

Cara Membuat:

1. Potong buah ikut cita rasa saya potong dadu..ketepikan.

2. Masak agar agar diatas api sampai cair.lepas tu masuk kan susu sejat dan gula.masak sampai sebati.
susun buah naga dalam acuan dan letak agar agar yang telah dimasak tadi.tapi jangan letak semua ye sebab nak buat lapisan.

3. Tunggu sekejap sampai keras sedikit.lepas tu letak buah dan agar agar..buat lapisan sampai habis..siap

Kredit: Himpunan Resepi Meletop

AGAR-AGAR KACANG MERAH

Bahan-Bahannya:

  • 1 1/2 cawan kacang merah – direbus hingga empuk
  • 1 tin susu cair
  • 20 g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 11 sudu makan gula
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya :

1. Masak agar-agar dengan 1 1/2 cawan air hingga agar-agar larut.

2. Sementara itu, kisar kacang merah, pewarna merah dan susu cair hingga halus.

3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau hingga gula larut.

4. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan garam. Sentiasa kacau hingga menggelegak.

5. Tutup api. Masukkan agar-agar ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dulu, baru dimasukkan ke dalam peti ais.

Kredit: 1001 Resepi Pemanis Mulut & Puding Umie Saffiya

AGAR-AGAR SANTAN PELANGI

Bahan A

  • 7g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan 200ml
  • 3 cawan air

Cara :

1. masak agar-agar dgn air..mendidih

2. masuk gula & gula batu..kacau2

3. daun pandan

4. tuang santan..dikacau sebati

5. tuang 1 cawan dlm loyang..biarkan sederhana beku

Bahan B

  • 7g serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna ikut suka

Cara :

1. masak serbuk agar2 dgn air..mendidih

2. masuk gula & gula batu..kacau2

3. masuk daun pandan

4. masuk secubit garam..kacau2 rata

5. ambil 1 cawan adunan agar2 tu..warnakan

6. tuang perlahan2 atas agar2 santan tadi.. Biarkan sederhana beku

7. ulang semula..kemudian masuk yg santan berselang seli dgn agar2 yg berwarna

8. setiap layer tuang 1 cawan

P/s :**utk tuang setiap lapisan..pastikan agar2 tu panas..kalau suam/sejuk panaskan semula **utk agar2 berwarna..masa nak tuang tu baru letak pewarna **guna loyang bulat saiz 8 inci

kredit: zura zul

PUDING KIWI

Bahan A:

  • 10g agar-agar tali – rendam 1 jam
  • 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 5 – 6 biji buah kiwi – hiris bulat nipis

CARA:

1. masak agar2 dgn air hingga larut agar2

2. masuk gula..kacau2

3. masuk garam

4. letak sedikit pewarna hijau

5. kacau rata..tutup api

6. tuang sedikit agar2 dlm loyang..biarkan keras sedikit

7. susun buah kiwi dlm loyang/acuan..ikut kreativiti sendiri

8. tuang habis agar2 tu dlm loyang tadi.. Biarkan sederhana beku

Bahan B :

  • 10g agar-agar tali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar dlm kotak (nak guna susu cair 1 tin)
  • 1 sudu besar tepung kastard – bancuh dulu dgn air
  • Secubit garam

Cara :

1. seperti biasa masak agar2..kemudian letak gula..kacau rata

2. tuang susu segar..masuk tepung kastard..secubit garam

3. sentiasa kacau agar tepung kastard tidak berketul

4. tuang perlahan2 atas agar2 tadi..bekukan

5. masuk dlm peti sejuk sampai mengeras

6. terbalikkan loyang untuk mengeluarkan puding.. Buat perlahan2

7. potong ikut suka..sedia menikmatinya

Credit: zura zul

PUDING OREO

Bahan:

  • 1 bungkus agar2 tali 20g
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (manis2 buah)
  • 2 pct biskut Oreo/Cream’O (biskut leh letak perisa pelbagai) terpulang
  • 4@5 ketul gula batu

Cara:

1. Masukkan air 1200ml (sukatan jug pestik kat umah je) dlm periuk, masak bersama agar2 dan 4@5 ketul gula2 batu. Masak hingga larut.

2. Dah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) then baru masuk susu cair.

3. Kacau2 5@7 min hingga mendidih, tutup api.

4. Tapis puding masukkan dalam loyang @ bekas.

5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding(masuk je krim sekali jgn membazir😜)

6. Biarkan sejuk dalam 10@15 min baru masukkan dalam peti ais.

Tips ✍ Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding/agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.

kredit : Puan Eza E-za

PUDING SELASIH

Lapisan Bawah:

  • 1/2 peket serbuk agar2 10g – 11g
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula.. Nak manis tambah gula lagi
  • Secubit garam halus

Cara:

1. Masak air, serbuk agar2 dan gula hingga larut gula

2. Tuang susu cair dan kemudian masuk secubit halus.. Kacau sebati

3. Masak hingga mendidih.. Tutup api.. Tapis dan tuang dalam loyang @ acuan yang di basahkan dengan air

4. Biarkan ia mengeras

Lapisan Atas:

  • 1/2 peket serbuk agar2 10g – 11g yang berbaki tadi
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula.. Boleh kurangkan sedikit gula
  • 3 sudu besar biji selasih
  • 2 sudu besar pati sirap ros.. Nak warna pekat lagi boleh tambah
  • 4 helai daun pandan.. Simpulkan
  • Secubit garam halus

Cara:

1. Sebelum tu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi kembang)

2. Didihkan air, serbuk agar2 dan gula hingga larut.. Tuang pati sirap ros.. Kacau2 rata Masukkan daun pandan dan secubit garam

3. Biarkan mendidih sekejap.. Tutup api.. Tapis dan tuang dalam bekas biji selasih.. Kacau sebati

4. Sebelum tuang.. Cakar2 kan dulu permukaan agar2 tadi

5. Baru tuang agar2 selasih di atasnya.. Biarkan mengeras.. Sejukkan dalam peti sejuk 2 jam lebih

6. Sedia untuk di potong dan di hidangkan.. 😃

Kredit: Zura Zul

PUDING TEMBIKAI

Bahan:

  • 20 gm agar2 tali
  • 1 sudu kfc agar2 serbuk
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
    ( masak semua bahan di atas sampai agar2 n gula sebati)
  • 1 3/4 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 4 keping roti di buang tepi dia
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu butter
    Blender semua bahan…..

Cara:

1. Masukkan kedlm periuk agar 2 kacau sebati…. tapisksn agar2 ( supaya xada ketul2 yg tertinggal )

2. Lapis pertma warnakan hijau tunggu keras sikit boleh masukan layer putih selapis… last sekali merah n taburkan bijan hitam untuk biji tembikai

# sila kekalkan agar2 atas dapur dgn api yg paling kecil semasa prose melapis tu

PUDING KARAMEL PANDAN

Bahan karamel:

Karamel 5 sb gula raw cane sugar ikut bekas kalau byk maka byk buat karamel ye
Cair kan atas kuali bila dah perang masukkn 3 sb air bia berbuih kacau smpai hilang buih dan bia sekejap boleh tuang pd bekas pilihan atau loyang

Bahan puding:

  • 250 ml susu farm fresh
  • 5sb gula organic atau raw cane
  • 1 sb pes /emolco pndan coconut kalau xsuka bau kuat pndan kurgkan
  • 2 titis pewarna hijau
  • 2 bijik telur organic atau omega amik keseluruhan telur
  • 2 bijik ambik kuning shaja
  • 1sk esen vanila

1. Blender sekejap

2. Tapis dan tuang atas karamel td terlebih dahulu basahkan tepi2 loyang atau bekas

3. Kukus 30mnt tuk loyang dan 15 mnt tuk bekas kecil2

4. Siap dihidang sejuk2

kredit: azlina ina

PUDING ROTI CERIA

Bahan A:

  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula

Bahan B: 

  • 8 keping roti massimo/gardenia – Gunting kecil-kecil
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar butter – Cairkan dulu atas api perlahan
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 penutup botol esen vanilla (Star Brand)
  • Pewarna ikut suka*

Cara:

1. Untuk Bahan A, Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Ketepikan seketika.

2. Kemudian, blender semua Bahan B kecuali yang bertanda hingga hancur halus.

3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi (Bahan A). Kacau hingga rata/sebati. Sentiasa kacau hingga mendidih (elak ianya berketul). Tutup api.

4. Ambil 2 cawan puding tadi dan tuang dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan sekejap.

5. Asingkan lagi 2 cawan adunan puding dalam bekas lain. Ketepikan.

6. Lebihan adunan dalam periuk bahagikan kepada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.

7. Tuang adunan berwarna guna sudu satu satu atas puding yang mula-mula tadi (Langkah 4) ikut suka (corak) sehingga habis (akak letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli dan bertindan-tindan sehingga habis).

8. Last sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 2 cawan, langkah 5) atas puding berwarna. Ratakan keseluruhan atas puding (kalau beku, cairkan semula atas api perlahan).

9. Sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam, cungkil bahagian tepi puding dalam loyang. Telangkupkan perlahan-lahan atas pinggan rata. Potong ikut suka dan sedia untuk dinikmati.

kredit: Resepi Bonda

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment