Home Resipi Masakan Resepi Roti Boy Yang Sedap! Jom Cuba Hari Ini!

Resepi Roti Boy Yang Sedap! Jom Cuba Hari Ini!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Berikut merupakan resepi Roti Boy @ Mexican Bun yang boleh buat di rumah.

Bahan Untuk Roti:

  • Tepung Gandum 300gram (lebih kurang 3 cawan)
  • Gula 70gram (around 2/3 cawan, if suka manis boleh letak 1 cawan)
  • Mentega 30gram
  • Telur sebiji
  • Yis 1 sudu besar
  • Susu segar 150ml **suhu bilik
  • Salted butter (untuk letak dalam doh roti)

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Bahan untuk Topping:

  • Tepung gandum 50 gram
  • Gula 40 gram
  • Mentega 60 gram
  • Telur sebiji
  • Serbuk nescafe 3 sudu, bancuh dengan air suam (jangan cair sangat, just untuk larutkan nescafe)
CLOSE

Cara Buat:

1. Masukkan yis sesudu ke dalam susu segar. Kacau perlahan and biarkan yis tu kembang dalam 10 minit.

2. Ambil bekas besar gaulkan mentega, tepung dan gula.

3. Masukkan telur. Gaul lagi biar sebati.

4. Tuangkan yis ke dalam adunan tepung tadi. Uli sampai doh tak melekat pada tangan.

5. Dah siap uli, biarkan doh ni berehat selama sejam. Make sure tutup bekas ni rapat-rapat dengan plastik wrap, atau kain lembap.

6. Selepas sejam, adunan akan kembang sekali ganda saiz dari asal. Sekarang tumbuk-tumbuk doh tu biar keluar angin.

7. Guna tepung gandum ratakan atas tapak tangan supaya senang untuk bentukkan doh. Bahagikan doh kepada 10 bahagian, balutkan salted butter ke dalam setiap doh dan bulatkan.

8. Dah siap, biarkan dulu roti ni berehat dalam 10-15 minit.

9. Sediakan topping dengan pukul mentega dan gula sampai creamy.

10. Larutkan serbuk nescafe bersama air suam. Kacau sebati.

11. Masukkan nescafe yang dah larut ke dalam adunan mentega dan gula tadi.

12. Masukkan telur and pukul sampai jadi creamy.

13. Masukkan tepung gandum. Pukul lagi.

14. Gaul sampai sebati.

15. Masukkan topping ke dalam piping bag.

16. Letak topping ke atas roti boy.

17. Preheat oven. Kemudian bakar roti boy pada suhu 170 degree selama 20 minit, pakai api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)

Siap!

Kredit: Maisarah Zakariah

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment