Home Resipi Masakan Resepi Roti Canai Yang Mudah Dibuat Di Rumah!

Resepi Roti Canai Yang Mudah Dibuat Di Rumah!

by MyMedia-02

Tak payah pergi mamak pun boleh makan roti canai yang sedap sangat!Resepi roti canai dari Normarliana Abu Bakar, langkah demi langkah ajar anda buat roti canai di rumah!

[Resepi Roti Canai]

Bahan:

  • Tepung gandum 4 cawan
  • Telur sebiji
  • Gula sesudu makan
  • Air secawan
  • Garam setengah sudu kecil
  • Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Cara:

1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli sehingga doh tak melekat (lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil, lebih kurang 12 biji.

3.  Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.

5. Ambil satu bola tepung dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit memudahkan kita menebar dan tepung menjadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Kemudian tarik tepung perlahan-lahan.

7. Tebar sampai penuh sedulang.

8. Lipat sisi pertama, lipatan kedua.

9. Lipatan ketiga dan keempat.

10. Roti canai digoreng.

Sumber: Normarliana Abu Bakar

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment