Home Trending Platform Semak Akaun Bank Scammer!!Elak Kena Scam dalam Jual Beli Internet

Platform Semak Akaun Bank Scammer!!Elak Kena Scam dalam Jual Beli Internet

by MyMedia-02
CLOSE

Membeli-belah di atas talian (secara online) telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak kira apa-apa sahaja barangan termasuklah pakaian, makanan, barang kosmetik, barangan elektronik, handphone dan komputer pun boleh dibeli secara atas talian.

Trend sebegini telah memudahkan orang ramai dalam membuat pemilihan dan pembelian barangan. Di samping itu, pembelian atas talian juga telah menjimatkan kos dan masa. Walau bagaimanapun, jual beli di atas talian telah menimbulkan beberapa isu, terutamanya isu berkenaan dengan membuat pembayaran melalui bank akaun.

Untuk mengelakkan sebarang penipuan semasa membuat pembelian di atas talian, marilah amalkan langkah-langkah keselamatan yang bijak.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Langkah-Langkah Mengelakkan Kes Penipuan 

Sebelum membuat sebarang transaksi pembelian, anda boleh membuat semakan akaun bank terlebih dahulu untuk mengenalpasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupuan tidak.

PDRM di bawah pengendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melancarkan portal untuk membuat semakan. Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan:

Langkah 1: Melayari Laman Web Rasmi  Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Langkah 2: Masukkan nombor akaun untuk semakan.

Langkah 3: Masukkan Nombor Captcha

Langkah 4: Klik “Semak”

Sekiranya akaun bank tersebut pernah dilaporkan kepada pihak polis, maka anda boleh memilih untuk tidak meneruskan urusniaga tersebut.

Jadilah pembeli yang bijak!

  Mari Like Facebook Page Kami !

You may also like

Leave a Comment