Home Lifestyle Cara Setting Aircond Yang Paling Menjimatkan Elektrik!

Cara Setting Aircond Yang Paling Menjimatkan Elektrik!

by MyMedia-02

Ramai yang bimbang dengan bil elektrik yang melambung apabila menggunakan aircond di rumah.

Sebenarnya, jika menggunakan setting aircond yang betul, ia bukan sahaja dapat menyejukkan ruangan bilik dengan efektif, tetapi juga dapat menjimatkan penggunaan elektrik di rumah!

[Cara Setting Aircond Yang Menjimatkan Elektrik]

Cara 1#

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Tetapkan aircond pada mod kering /  dry, di mana suhu terendah yang boleh dicapai dalam mod ini adalah 25°C, maka kompressor aircond tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod tersebut.

Cara 2# 

Mula-mula, buka aircond pada suhu terendah (contohnya 16°C) dan kipas paling kuat (contohnya level 4), dan biarkan ruangan bilik itu selama lebih kurang 30 – 40 minit.

Lepas itu, tetapkan suhu pada 25 – 26°C dan kipas pula pada mod yang sederhana (Contohnya level 2), inilah suhu yang paling sesuai untuk tidur.

Untuk pengetahuan semua, aircond yang baru on sahaja paling banyak gunakan elektrik, jadi tetapkan pada mod dan suhu yang sama, boleh mengelakkan penggunaan elektrik yang banyak.

[Gunakan “Fan Mode” Untuk Membersihkan Aircond]

Selain daripada menjimatkan elektrik, ada juga cara setting yang membantu membersihkan aircond. Dengan ini, tidak perlu lagi selalu servis aircond! Caranya adalah dengan menetapkan “Fan Mode” pada level paling tinggi setiap kali selepas menggunakan aircond semalaman, biarkan selama 15 minit, lepas itu bolehlah tutupkan aircond.

Apabila aircond pada “fan mode”, kompressor tidak bekerja, dan angin yang dikeluarkan bukan angin sejuk, hanya angin biasa sahaja. Dengan ini, ia akan mengeringkan bahagian dalaman aircond yang lembab, ini boleh mengelakkan pengumpulan debu dan kuman di dalam aircond.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment