Home Trending Skim Perumahan Belia 2020 – Dapatkan subsidi sebanyak RM 200 setiap bulan!

Skim Perumahan Belia 2020 – Dapatkan subsidi sebanyak RM 200 setiap bulan!

by MyMedia-03

Kerajaan telah melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional bermula dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 untuk membantu golongan belia untuk memiliki rumah pertama mereka.

Apakah itu Skim Perumahan Belia 2020?

Skim ini merupakan skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang berusia di antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. Melalui skim ini, diharapkan golongan belia mampu membeli rumah pertama mereka.

Skim ini turut menyediakan dana subsidi sebanyak RM 200 setiap bulan sepanjang dua tahun pertama. Dengan kata lain, kalau anda merupakan pemohon yang berlayak, anda akan mendapat RM 4800 di bawah skim ini.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

RM 200 x 24 bulan = RM 4800

Apakah yang boleh saya perolehi di bawah skim ini?

  • Jumlah Pembiayaan: RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
  • Margin Pembiayaan: i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
                                           ii) MRTA/MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
  • Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
  • Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan.

Adakah saya layak?

  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Pembeli rumah pertama sahaja
  • Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit Deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Sjil Perkahwinan
  • Salinan Kad Pengenalan

Pemohon Berpendapatan Tetap

  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/EC

Pemohon Bekerja Sendiri

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini

Pemohon Bersama

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyata bank 6 bulan terkini

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN.

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment