Home Trending Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli!!

Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli!!

by mymedia

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Menteri Kewangan YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumunkan bahawa tiada lagi Caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)!!

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan pada Facebook beliau: 

Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

CLOSE

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment