Home Lifestyle Tip Simpan Duit !Cabaran wang 52 minggu dan menyimpan kira-kira RM 1,400!!

Tip Simpan Duit !Cabaran wang 52 minggu dan menyimpan kira-kira RM 1,400!!

by MyMedia-02

Anda mendapat gaji setiap bulan, tetapi adakah anda membuat perancangan kewangan yang bijak? Kalau jawapannya TIDAK, jom mulakan hari ini!

Menyimpan duit memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi kerana anda perlu mengulangi perkara yang sama dalam tempoh yang lama. Ramai yang berazam untuk mengamalkan amalan ini, namun tidak semua berjaya melakukannya. Sebenarnya amalan menyimpan duit memerlukan teknik dan cara yang betul supaya berkesan, yang penting sekali adalah ia tidak membebankan!

Sekarang, saya akan kongsikan cara menyimpan duit yang mudah, hanya dalam masa 52 minggu, anda akan dapat RM13780!

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

[Cabaran Menyimpan Duit Dalam 52 Minggu]

Bahan Yang Diperlukan:

Pertama sekali, anda dikehendaki untuk sediakan satu botol plastik air, ini penting kerana duit yang dimasukkan ke dalam botol plastik ini susah untuk dikeluarkan, dan anda juga dapat nampak duit dalam botol yang menjadi semakin banyak!

Cara-cara:

Dalam masa 52 minggu, bermula dengan duit RM1 pada minggu pertama, minggu kedua simpan RM2, minggu ketiga RM3, dan seterusnya, sehinggalah ke minggu ke-52, anda dikehendaki untuk menyimpan RM52. Dengan cara ini, jumlah pada minggu ke-52, anda akan berjaya menyimpan RM1378!

Senang kan?

Kalau nak banyak, anda boleh meningkatkan cabaran anda mengikut keupayaan anda sendiri. Contohnya bermula dengan RM10 pada minggu pertama, minggu kedua simpan RM20, minggu ketiga simpan RM30 dan seterusnya. Pada minggu ke-52, anda akan mendapat RM13,780!!!

Adakah anda sedia menyahut [Cabaran Menyimpan Duit Dalam 52 Minggu] ini?

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment