Home Semasa Lebih Daripada 500,000 Akaun Zoom Dijual Dalam Hacker Forum & Dark Web!

Lebih Daripada 500,000 Akaun Zoom Dijual Dalam Hacker Forum & Dark Web!

by MyMedia-02

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

Menurut Business Insider, syarikat keselamatan siber Cyble mendapati lebih daripada 500,000 akaun Zoom dijual dalam hacker forum dan dark web dengan harga yang sangat rendah.

Cyble telah membeli kira-kira 530,000 akaun dengan harga $0.0020 setiap satu, dan beberapa akaun diberikan secara percuma. Dengan itu, Cyble telah memperoleh alamat emel, kata laluan, personal meeting URL, dan host key (nombor pin 6 digit yang digunakan sebagai hos perjumpaan Zoom).

Sebilangan besar akaun yang dijual adalah milik syarikat atau institusi termasuklah Chase, Citibank dan beberapa universiti.

  Mari Like Facebook Page Kami! Click LIKE !

Cyble juga telah menghubungi beberapa pemilik akaun, dan mendapati kebanyakan data adalah tepat. Salah seorang pengguna mengatakan bahawa kata laluan yang digunakan adalah kata laluan lama beliau.

CLOSE

Akaun yang dijual diperolehi melalui serangan “credential stuffing”, di mana hackers menggunakan kombinasi kata laluan dan emel yang diperolehi melalui peretasan sebelum ini, dan seterusnya membuat cubaan log masuk ke akaun Zoom. Ini bermakna pengguna yang mengguna semula kata laluan yang diretas sebelumnya lebih mudah terdedah kepada serangan ini.

Dengan kata lain, dalam kes pembocoran data yang lepas, hacker telah mengumpul sebilangan maklumat akaun, kemudian membuat percubaan log masuk di akaun Zoom. Percubaan yang berjaya akan digunakan dalam penjualan data akaun.

Pada 8 April, CEO Zoom telah memohon maaf susulan isu privasi dan keselamatan.

“Kami sedar akan kegagalan terhadap seluruh masyarakat terutama jangkaan mereka terhadap kerahsiaan dan keselamatan, saya benar-benar memohon maaf,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoom, Eric Yuan.

Beliau juga menjelaskan, dalam tempoh 90 hari ini, Zoom tidak akan menambah ciri baharu, sebaliknya lebih menumpukan kepada isu kerahsiaan berikutan peningkatan penggunaan.

✅PROMOSI HEBAT LAZADA TERKINI 【LAYARI SEKARANG

  Mari Like Facebook Page Kami !

Follow Kami di Facebook Page mymedia.my

You may also like

Leave a Comment